256 kluster masih aktif

PUTRAJAYA 9 Jan. – Setakat ini, sebanyak 581 kluster dilaporkan termasuk lima kluster baharu hari ini.

Daripada jumlah itu, kluster yang tamat pula adalah sebanyak 325, termasuk enam  yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Gemok, Kluster Erima, Kluster Baloi, Kluster Talang-talang, Kluster View Kolombong, dan Kluster Jalan Kilang.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 256 kluster. Sebanyak  58 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini termasuk Kluster Penjara Jalan Harapan (291kes), Kluster Beringin (226 kes), dan Kluster Jalan Perindustrian (115 kes).

Lima kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah:

1. KLUSTER MIKRO

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 588 individu disaring, di mana 97 kes dikesan positif.

2. KLUSTER SYMPHONY MAGAZINE

Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114882) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 116 individu disaring, di mana 44 kes dikesan positif.

3. KLUSTER PASAI

Kluster ini melibatkan daerah Sibu dan Mukah di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-128367) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 73 individu disaring, di mana 38 kes telah dikesan positif.

4. KLUSTER TEKNOLOGI KESIDANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106640) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 136 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

5. KLUSTER PALUT

Kluster ini melibatkan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-117349) dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 2 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 9 Januari 2021, sejumlah 89 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment