Arab Saudi catat 178 kes

RIYADH 25 Dis. – Arab Saudi merekodkan 178 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 189 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 361,903 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sembilan lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada 6,168 kematian.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 190 kes dilaporkan pulih sekaligus menambah jumlah pesakit sembuh kepada 352,815,atau 97.48 peratus daripada jumlah kes.

Kes aktif pula sebanyak 2,920 di mana 376 dilaporkan kritikal.

Sementara itu Riyadh merekodkan 44 kes jangkitan diikuti Makkah dan Madinah masing-masing 31 dan wilayah Timur 29.

Related posts

Leave a Comment