Varian baharu di Perancis

PARIS: Kementerian Kesihatan Perancis mengesahkan kes pertama varian baru Covid-19 yang didapati lebih mudah berjangkit .

Kes pertama itu dikesan selepas seorang warga Perancis yang menetap di Britain pulang ke negara asalnya.

Walaupun tidak bergejala, dia diarahkan supaya menjalani kuarantin di kediamannya di Tours, bahagian tengah Perancis.

Individu tersebut pulang dari London pada 19 Disember dan menjalani ujian di hospital dua hari kemudian dan disahkan positif varian baru itu yang dikenali sebagai VOC 202012/01.

Pihak berkuasa kesihatan sudah menjalankan pengesanan kontak bagi membolehkan para karyawan kesihatan merawat pesakit tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, beberapa sampel positif Covid-19 yang mungkin berpunca daripada jangkitan VOC 202012/01 sedang dikaji oleh makmal-makmal pakar di Institut Pasteur. 

Related posts

Leave a Comment