Kes di Indonesia cecah 700,097

JAKARTA 25 Dis. – Jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 di Indonesia kini mencecah 700,097 apabila 7,259 lagi kes positif direkodkan hari ini.

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan kes aktif pula adalah sebanyak 108,946 atau 15.6 peratus daripada jumlah kes.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat kepada 20,847 termasuk 258 kematian yang dilaporkan hari ini.

Bagi pesakit sembuh pula, sebanyak 6,324 pesakit disahkan sembuh dan ini menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 570.304 orang.

Daripada 7,259 kes positif hari ini, Jakarta merekodkan 2,096 kes dengan jumlah kumulatif 171,871 kes diikuti Jawa Tengah 911 kes (76,137), Jawa Barat 903 kes (78.097), Jawa Timur  822 kes (79.207) dan Sulawesi Selatan 411 kes dengan kumulatif  28,316 kes. 

Bagi kes kematian pula,  Jawa Tengah mencatatkan 91 kes, Jawa Timur 78 , Jakarta 21, Yogyakarta 12 dan Kalimantan Timur 10.

Sementara itu, kes sembuh pula, Jakarta merekodkan 1.733 kes, Jawa Tengah 1.031, Jawa Barat 725, Jawa Timur 520 dan Sulawesi Selatan 327.

Related posts

Leave a Comment