Lagi empat kluster baharu

PUTRAJAYA 25 Dis. – Sehingga 25 Disember 2020, terdapat 472 kluster dilaporkan termasuk empat kluster baharu hari ini manakala kluster yang tamat pula adalah 268 termasuk enam hari ini iaitu Kluster Tanamera, Kluster Jalan Kalabakan, Kluster Seri Terapi, Kluster Seri Pasir, Kluster Astaka dan Kluster Tembaga.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 204  kluster dan daripada jumlah tersebut, 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Gajah (113 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (86 kes), dan Kluster Puncak Galaksi (51 kes).

Terdapat empat kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER  CASSIA DIAMOND

Kluster ini melibatkan daerah Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Gombak di Selangor serta daerah Barat Daya di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-99203) dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 25 Disember, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER POMPOD

Kluster ini melibatkan daerah Kota Belud dan Kudat di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-82544) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 25 Disember, sejumlah 216 individu disaring, di mana 19 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA KIARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 21 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 25 Disember , sejumlah 372 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  TAPAK BINA PERKASA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 22 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 25 Disember, sejumlah 451 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment