Kebimbangan varian baharu

BANYAK negara mula bimbang dengan varian baharu Covid-19 khususnya di Eropah apabila negara-negara berkenaan mengambil pelbagai langkah sekatan atau larangan perjalanan antara negara. Beberapa negara dunia melarang penerbangan dan perjalanan dari UK kerana bimbang tentang varian baharu virus tersebut. JERMAN pada Selasa melanjutkan larangan perjalanan dari Britain hingga 6 Januari walaupun Suruhanjaya Eropah sebelum ini mencadangkan negara anggota menamatkannya. Maklumat perjalanan terkini yang dikeluarkan pada Selasa itu melarang pelancong dari Britain masuk ke Jerman mulai 22 Disember hingga 6 Januari. Larangan itu bagaimanapun tidak tertakluk kepada warga Jerman. SCOTLAND pula mengumumkan langkah sekatan tertinggi iaitu tahap keempat bagi memerangi…

Read More

PNB bayar RM7.65 bilion

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu juga mengagihkan bayaran ehsan 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB sempena ulang tahun ke-30 dana amanah itu. Pengerusi Kumpulan PNB, Dr Zeti Aziz, berkata pembayaran pengagihan pendapatan itu melibatkan RM7.6 bilion kepada 10.2 juta pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 173.2 bilion unit. Katanys, pengagihan pendapatan ASB kekal…

Read More

Pilihan raya mengejut Israel

ISRAEL akan mengadakan pilihan raya mengejut, kali keempat dalam tempoh dua tahun pada bulan Mac tahun hadapan setelah Parlimen pada Selasa, 22 Disember gagal meluluskan Belanjawan pada masa yang ditetapkan. Parti Likud yang diketuai Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan rakan gabungannya parti Biru dan Putih yang pimpinan Menteri Pertahanan Benny Gantz gagal mencapai kata sepakat untuk meluluskan Belanjawan itu. Berikutan kegagalan itu, Parlimen terbubar secara sah dan proses pemilihan awal kini dimulakan. Pada 2019, dua pilihan raya diadakan iaitu April dan September diikuti pada bulan Mac 2020. Kerajaan gabungan Netanyahu-Gantz…

Read More

Dr. Fauci terima suntikan

WASHINGTON: Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci pada Selasa menerima suntikan vaksin Covid-19 bersama dengan pakar kesihatan persekutuan lain yang membantu mengawasi perkembangan vaksin di negara itu. Vaksinasi itu dilakukan di Kampus Institut Kesihatan Nasional (NIH) Washington sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan dua vaksin Covid-19 yang diluluskan oleh pengawal selia AS. Fauci menerima suntikan pertama dos vaksin bersama Pengarah NIH, Dr Francis Collins dan Setiausaha Kesihatan, Alex Azar. “Ini, yang kita lihat sekarang adalah puncak penelitian selama bertahun-tahun yang menyebabkan fenomena belum…

Read More

181 kes Saudi, 8 kematian

RIYADH 22 Dis. – Arab Saudi merekodkan 181 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 361,359. Menurut Kementerian Kesihatan, lapan lagi pesakit meninggal dunia, yang menjadikan 6,319 kematian sementara kes aktif pula 2,971 . Pada masa sama, jumlah kes sembuh turut menunjukkan peningkatan iaitu 352,249 kes dengan tambahan 160 lagi pesakit pulih. Riyadh merekodkan 64 kes diikuti Makkah 36 dan wilayah Timur 31.

Read More

427 kes baharu di Thailand

THAILAND melaporkan 427 kes baharu Covid-19 hari ini, 22 Disember di mana 400 daripada mereka adalah pekerja asing di wilayah Samut Sakhon, lokasi penularan baharu dikesan pada hujung minggu lalu. Peningkatan kes itu menyusuli ujian Covid-19 terhadap ratusan pekerja asing di sebuah pusat makanan laut di wilayah barat daya Thailand itu. Sejak itu lebih 1,100 kes dikaitkan dengan kelompok tersebut dan jumlah keseluruhan kes ketika ini adalah 5,716 kes dengan kematian kekal 60. Kebanyakan pesakitnya adalah pekerja asing dari Myanmar dan mereka tidak menunjukkan gejala Covid-19. Pihak berkuasa menyatakan kira-kira 1,000…

Read More

6,347 kes harian Indonesia

JAKARTA 22 Dis. – Jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan Indonesia hari ini meningkat kepada 678,125 kes berikutan pertambahan kes harian sebanyak 6,347 dengan kes aktif 105,146 atau 15.5 peratus dari jumlah pesakit. Jakarta merekodkan kes tertinggi iaitu 1,311 dengan kumulatif 165,888 kes diikuti Jawa Barat 925 kes (75.589 kes), Jawa Tengah 895 kes ( 73.423 kes), Jawa Timur 706 kes (76.817 kes) dan Sulawesi Selatan 539 kes (26.861 kes). Bagi kes kematian pula, berlakun peningkatan kes apabila 172 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah kumulatif 20,257 kes…

Read More

Mutasi baharu sudah dijangka

BELUM ada bukti menunjukkan varian baharu Covid-19 di United Kingdom dan Afrika Selatan mampu menyebabkan risiko kematian atau tahap parah yang lebih tinggi, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus. Beliau menjelaskan, mutasi baharu virus ini sudah dijangka dan merupakan proses semula jadi. “Dalam beberapa hari lepas, terdapat laporan berhubung varian baharu Covid-19 di Afrika Selatan dan United Kingdom. Seiring dengan perubahan masa, virus akan bermutasi,” katanya. Tegas Ghebreyesus, pada sidang media di Geneva berkata, kekangan mendapatkan virus dengan segera masih menjadi strategi utama. Sementara itu, Ketua…

Read More