PNB bayar RM7.65 bilion

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu juga mengagihkan bayaran ehsan 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB sempena ulang tahun ke-30 dana amanah itu.

Pengerusi Kumpulan PNB, Dr Zeti Aziz, berkata pembayaran pengagihan pendapatan itu melibatkan RM7.6 bilion kepada 10.2 juta pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 173.2 bilion unit.

Katanys, pengagihan pendapatan ASB kekal kompetitif meskipun berdepan cabaran ekonomi akibat Covid-19.

“Bagi pemegang lebih 30,000 unit, mereka juga menerima manfaat pengagihan ehsan ini sebagai tanda penghargaan kami kepada pemegang unit ASB yang terus setia bersama kami sepanjang 30 tahun dana ini diperkenalkan,” katanya ketika mengumumkan secara maya, di Kuala Lumpur hari ini 23 Disember 2020.

Sementara itu agihan pendapatan Amanah Saham Nasional (ASN) pula adalah sebanyak 2.02 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

PNB berkata, pengagihan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM36.6 juta dan akan memberi manfaat kepada 1.21 juta pemegang unit dengan jumlah pelaburan melebihi 1.8 bilion unit.

Pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASN adalah berdasarkan unit yang dipegang setakat 31 Disember 2020.

Pengagihan yang diisytiharkan akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan dan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2021, berdasarkan Nilai Aset Bersih (ASB) seunit pada 31 Disember 2020.

Dividen ASB 2010-2020

2020: 4.25 + 0.75

2019: 5.00 + 0.50

2018: 6.50 + 0.50

2017: 7.00 + 1.25

2016: 6.75 + 0.50

2015: 7.25 + 0.50

2014: 7.50 + 1.00

2013: 7.70 + 1.00

2012: 7.75 + 1.15

2011: 7.65 + 1.15

2010: 7.50 + 1.25

 

 

Related posts

Leave a Comment