JAKARTA 22 Dis. – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan enam kementerian dengan menamakan beberapa nama baharu dari kalangan tokoh politik ternama. Dalam sidang media di Istana Merdeka, Jakarta pada petang ini, Jokowi mengumumkan bahawa jawatan Menteri Kesihatan yang sebelum ini disandang Terawan Agus Putranto, akan digantikan oleh Budi Gunadi Sadikin. Budi yang merupakan bekas tokoh perbankan dan ketua pasukan khas pemulihan ekonomi republik itu, menggantikan Terawan yang sebelum ini teruk dikecam kerana gagal menangani penularan Covid-19 di negara itu. Setakat ini, Indonesia merekodkan lebih…
Read MoreYear: 2020
Lapan lagi kluster baharu
PUTRAJAYA 22 Dis. – Sebanyak 459 kluster dilaporkan termasuk lapan kluster baharu hari ini manakala 253 kluster termasuk tiga kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Summer, Kluster Kota Kecil, dan Kluster Tenaga. Ini menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 206 kluster di mana 52 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Residen (294 kes), Kluster Pasar Baru (270 kes), dan Kluster Seruling (221 kes). Terdapat lapan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini iaitu: KLUSTER PASAR BARU Kluster ini…
Read MoreKes harian tertinggi di Selangor
SELANGOR masih mendahului kes jangkitan harian dengan merekodkan 1,014 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 504 dan Sabah 252 kes. Daripada 2,062 kes yang dilaporkan hari ini, Selangor merekodkan 464 kes dari kluster sedia ada, 272 kluster baharu (Pasar Baru & Bukit Naga), 151 kes saringan kontak rapat, 126 lain-lain saringan dan satu kes import. Ini bermakna 736 kes atau 73 peratus daripada keseluruhan kes di Selangor datang dari kluster. Di Kuala Lumpur, sebanyak 54 kes adalah dari kluster sedia ada, 369 kluster baharu (Tapak Bina Residen, Tapak Bina Kasih dan…
Read MoreKes baharu 2,062, satu maut
PUTRAJAYA 22 Dis. – Jumlah kes positif Covid-19 di negara ini mencecah 97,389 kes selepas kes harian yang direkodkan hari ini kekal empat angka iaitu 2,062 kes. Selangor menyumbangkan hampir separuh daripada jumlah kes, iaitu sebanyak 1,014 kes di mana sebahagian besarnya disumbangkan oleh kluster. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 17,646 kes. Katanya, satu kes kematian dicatatkan pada hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu adalah 439 kes (0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Daripada jumlah kes baharu, terdapat empat kes import…
Read MoreVaksin : Terima atau tolak
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia mempelawa orang ramai untuk menyertai tinjauan penerimaan atau penolakan vaksin Covid-19. Klik https://t.co/MbkXmGjD7P
Read MorePKPD Amber Court dilanjut
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Apartment Amber Court dan Apartment Ria di Genting Highlands dilanjutkan dari 24 Disember 2020 sehingga 6 Januari 2021. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau juga memaklumkan mengenai penamatan PKPD di Rumah Kongsi Kg. Semaut pada 23 Disember 2020. Bercakap pada sIdang media hari ini, beliau juga memberitahu kerajaan bersetuju membenarkan kemasukan pelajar antarabangsa dari semua negara ke kampus kecuali United Kingdom (UK) bagi sesi pembelajaran tahun 2021 berkuatkuasa…
Read MoreRayuan haji sehingga 13 Feb.
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Mulai hari ini hingga 13 Februari 2021, pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) boleh mengemukakan rayuan menerusi dalam talian menggunakan aplikasi THiJARI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, rayuan haji tidak perlu lagi dibuat menerusi permohonan surat rayuan yang perlu dihantar kecpejabat Tabung Haji. “Selain daripada rayuan haji, bakal haji juga boleh menyemak pendaftaran haji, status rayuan haji, status tawaran haji, jadual penerbangan serta pelbagai lagi perkhidmatan lain seperti urusan simpanan dan pengeluaran melalui aplikasi itu,” katanya…
Read MoreJaminan bekalan 40 % vaksin
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin Covid-19, iaitu tambahan 10 peratus lagi kepada bekalan vaksin yang bakal diterima negara. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata ini bermakna kerajaan kini memperoleh keseluruhan jaminan bekalan sebanyak 40 peratus, termasuk menerusi dua perjanjian yang dimeterai sebelum ini bersama fasiliti COVAX dan Pfizer. Menerusi perjanjian yang ditandatangani dengan fasiliti COVAX dan Pfizer, Malaysia dijadualkan menerima bekalan yang meliputi 30 peratus rakyat negara ini. Kerajaan juga dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino…
Read MorePM antara penerima pertama
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan. Ini akan diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik. Perdana Menteri berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan Dr Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin akan memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh pada…
Read MoreBiden terima dos pertama
WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengambil dos pertama vaksin yang disiarkan secara langsung melalui televisyen pada Isnin di Christiana Care. Langkah Biden itu adalah sebahagian usaha pemimpin AS untuk meyakinkan rakyat tentang keselamatan vaksin dalam kempen membendung penularan Covid-19. “Kita terhutang budi kepada orang-orang ini – saintis dan mereka yang memastikan segalanya dapat berjalan, petugas barisan hadapan, mereka yang melakukan kerja klinikal – cukup mengagumkan. “Saya harap anda dapat lihat situasi di hospital yang cukup sibuk dan mengagumkan kita semua. “Ini hanya permulaan. Dahulu satu masalah untuk…
Read More