6,347 kes harian Indonesia

JAKARTA 22 Dis. – Jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan Indonesia hari ini meningkat kepada 678,125 kes berikutan pertambahan kes harian sebanyak 6,347 dengan kes aktif 105,146 atau 15.5 peratus dari jumlah pesakit.

Jakarta merekodkan kes tertinggi iaitu 1,311 dengan kumulatif 165,888 kes diikuti Jawa Barat 925 kes (75.589 kes), Jawa Tengah 895 kes ( 73.423 kes), Jawa Timur 706 kes (76.817 kes) dan Sulawesi Selatan 539 kes (26.861 kes).

Bagi kes kematian pula, berlakun peningkatan kes apabila 172 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah kumulatif 20,257 kes atau 3.0 peratus dari jumlah pesakit.

Jawa Timur merekodkan 49 kes menjadikan jumlah keseluruhan 5,303 diikuti Jawa Tengah 45, Jakarta 14, Sumatera Barat 10, Yogyakarta sembilan dan Jawa Barat tiga kes.

Sementara itu, kes sembuh juga meningkat apabila 5,838 lagi pesakit pulih yang menjadikan 552,772 pesakit sembuh

Sulawesi Selatan menambah  765 kes sembuh, Jakarta sebanyak 1.379 kes, Jawa Barat 771 kes, Jawa Timur 594 kes danJawa Tengah menambah 572 kes.

Related posts

Leave a Comment