Pilihan raya mengejut Israel

ISRAEL akan mengadakan pilihan raya mengejut, kali keempat dalam tempoh dua tahun pada bulan Mac tahun hadapan setelah Parlimen pada Selasa, 22 Disember gagal meluluskan Belanjawan pada masa yang ditetapkan.

Parti Likud yang diketuai Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan rakan gabungannya parti Biru dan Putih yang pimpinan Menteri Pertahanan Benny Gantz gagal mencapai kata sepakat untuk meluluskan Belanjawan itu.

Berikutan kegagalan itu, Parlimen terbubar secara sah dan proses pemilihan awal kini dimulakan.

Pada 2019, dua pilihan raya diadakan iaitu April dan September diikuti pada bulan Mac 2020.

Kerajaan gabungan Netanyahu-Gantz terbentuk pada bulan Mei setelah keputusan tiga pilihan raya terdahulu yang diadakan sejak April 2019 tidak meyakinkan.

Ketika Netanyahu hanya mahu Belanjawan 2020 diluluskan, Gantz pula mahu anggaran 2021 dimasukkan dalam undian.

Disebabkan perselisihan faham kedua-dua pemimpin, sesi pada Ogos tidak membuahkan hasil dan undian Belanjawan 2020 ditangguhkan ke bulan Disember.

Mengikut undang-undang, jika Belanjawan untuk 2020 tidak disahkan oleh Parlimen pada 23 Disember, pilihan raya awal wajib diadakan.

Netanyahu dalam ucapannya di televisyen berkata : “Sekiranya kami dipaksa mengakan pilihan raya, saya berjanji bahawa kami akan menang,” kata Netanyahu sambil menyalahkan Gantz – yang jatuh dalam pemilihan – untuk pemilihan awal.

“Netanyahu membawa kami ke pemilihan dengan tujuan tidak masuk penjara,” tulis Gantz di Twitter, menuduh Netanyahu mengharapkan agar pemerintah baru dapat mempromosikan undang-undang yang menghentikan prosiding undang-undang terhadapnya.

Netanyahu akan kekal sebagai perdana menteri sehingga pemerintahan baru dibentuk selepas pilihan raya Mac. Berusia  71 tahun, Netanyahu pertama kali menjawat jawatan itu dari tahun 1996 hingga 1999 dan sejak tahun 2009.

Related posts

Leave a Comment