Kes harian turun sedikit

PUTRAJAYA 25 Jun – Kes harian Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 2,512 kes semalam berbanding 2,769 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,552,359.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 194 adalah kes import dengan 1,580 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,488,367 orang pesakit pulih.

Tiga kematian dilaporkan termasuk dua kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) yang membawa kepada jumlah keseluruhan 35,745 orang meninggal dunia setakat semalam.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW, sebanyak 28,247 kes aktif dilaporkan di mana 34 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakal 21 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 796 berbanding 843 kelmarin dengan jumlah kumulatif 367,568 diikuti Selangor 732 berbanding 930 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 1,385,237.

Ketiga tertinggi adalah Pulau Pinang yang mencatatkan 176 kes berbanding 203 kelmarin, Sabah 170 (137), Negeri Sembilan 149 (156) dan Perak 135 (123).

Di bawah 100 kes adalah Johor 69, Sarawak 55, Melaka 54, Wilayah Persekutuan Putrajaya 51, Pahang 38, Kedah 37, Terengganu 20, Kelantan 19, Perlis 7 dan Wilayah Persekutuan Labuan 4.

Related posts

Leave a Comment