427 kes baharu di Thailand

THAILAND melaporkan 427 kes baharu Covid-19 hari ini, 22 Disember di mana 400 daripada mereka adalah pekerja asing di wilayah Samut Sakhon, lokasi penularan baharu dikesan pada hujung minggu lalu.

Peningkatan kes itu menyusuli ujian Covid-19 terhadap ratusan pekerja asing di sebuah pusat makanan laut di wilayah barat daya Thailand itu.

Sejak itu lebih 1,100 kes dikaitkan dengan kelompok tersebut dan jumlah keseluruhan kes ketika ini adalah 5,716 kes dengan kematian kekal 60.

Kebanyakan pesakitnya adalah pekerja asing dari Myanmar dan mereka tidak menunjukkan gejala Covid-19.

Pihak berkuasa menyatakan kira-kira 1,000 pembeli makanan laut dari 22 wilayah yang berkunjung ke pusat tersebut antara 1 hingga 18 hari bulan ini perlu menjalani ujian Covif-19.

SINGAPURA merekodkan 29 kes jangkitan Covid-19 baharu, pada Selasa yang turut melibatkan tiga kes warga Singapura dan satu kes penduduk tetap (PR) yang masing-masing tiba dari Amerika Syarikat, Costa Rica, Indonesia dan India.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) 23 kes import melibatkan pemegang pas kerja atau pembantu rumah asing (FDW) yang bertugas di sini. Mereka tiba dari Amerika, Filipina, Indonesia dan Myanmar.

Baki dua kes pula pemegang pas lawatan jangka pendek, kata MOH.

 Seorang tiba dari India untuk menziarahi saudara warga Singapura manakala seorang bertugas sebagai kakitangan sebuah kapal yang tiba di sini dari Indonesia.

MOH berkata kesemua kes tersebut telah diarah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setiba mereka di Singapura dan telah pun diuji semasa menjalani SHN atau semasa diasingkan.

MOH berkata tiada kes dalam masyarakat yang dikesan pada Selasa.

Sementara itu, 17 kes Covid-19 telah pun diizinkan keluar dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Secara keseluruhan, 58,304 pesakit pulih sepenuhnya dan.masih terdapat 47 pesakit di hospital tetapi tiada dalam unit jagaan rapi (ICU).

Seramai 81 pesakit pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Angka korban di Singapura akibat Covid-19 kekal 29 orang.

Related posts

Leave a Comment