1 juta dos suku pertama 2021

PUTRAJAYA 27 Nov. – Syarikat farmaseutikal, Pfizer menjanjikan penghantaran sebanyak 1 juta dos vaksin pada suku pertama tahun 2021, disusuli 1.7 juta dos pada suku tahun kedua, 5.8 juta dos suku tahun ketiga dan 4.3 juta dos pada suku tahun keempat. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan vaksin Covid-19 yang dapat memenuhi keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia. Pihak syarikat bagaimanapun masih perlu mendapatkan kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika…

Read More

PRK Gerik, Bugaya 16 Jan.

PUTRAJAYA 27 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, dijalankan serentak pada 16 Januari 2021. Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan demikian berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 4 Januari manakala pengundian awal pada 12 Januari Kedua-dua PRK berkenaan perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.054 Gerik dan DUN N.66 Bugaya susulan kematian kedua-dua penyandang kerusi tersebut. Penyandang kerusi Parlimen Gerik Allahyarham Hasbullah Osman meninggal dunia pada 16 November manakala…

Read More

‘Tunggu pusingan seterusnya‘

KUALA LUMPUR: Presiden PKR,  Anwar Ibrahim berkata Majoriti pembangkang mahu memberi peluang kepada kerajaan dengan tidak menyokong undi belah bahagi ketika pengundian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Khamis. Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang berkata, majoriti kem pembangkang bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi akan kembali membahaskannya pada peringkat jawatankuasa Isnin nanti. Katanya, beliau meminta Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk tidak melakukan undi belah bahagi. “Saya dapati agak sukar untuk kita memberikan penolakan keras kepada peringkat awal. Saya telah…

Read More

Thailand lapor 16 kes

BANGKOK 26 Nov. – Sebanyak 16 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand pada Khamis, kesemuanya kes import melibatkan mereka yang baru tiba di sini dari luar negara yang menjadikan jumlah kumulatif 3,942. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), mereka tiba dari Kuwait, Qatar, Sweden, Turki, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. Sembilan kes melibatkan mereka yang berumur 33 hingga 51 yang tiba dari Kuwait melalui Qatar dan Singapura pada Jumaat lalu. Lapan daripada mereka wanita. Dua lagi kes adalah seorang guru dari Kuwait, dan seorang lelaki Thai yang juga tiba…

Read More

322 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 26 Nov. – Arab Saudi merekodkan 322 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes 356,389 dengan kes aktif 5,334 di mana 699 kritikal. Sebanyak 15 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 yang menjadikan jumlah kematian 5,840. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 428 pesakit sembuh dan ini membawa kepada peningkatan kes sembuh 345,215 atau 96.8 peratus daripada jumlah kes. Sementara itu,  Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 65 kes diikuti Jeddah 29, Makkah 24, dan Madinah 22.

Read More

1,392 kes baharu di Filipina

JABATAN Kesihatan Filipina melaporkan 1,392 kes positif baharu Covid-19 setakat pukul 4 petang hari ini, 26 November 2020, menjadikan jumlah keseluruhan kes  meningkat kepada 424,297. Pada masa yang sama, Jabatan Kesihatan (DoH) juga memaklumkan 28,789 kes aktif. Sebanyak 27 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,242 kematian. Bagi kes sembuh pula, DoH melaporkan sebanyak 328 lagi pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah pulih meningkat kepada 387,266 orang.

Read More

Sabah catat 326 kes baharu

KOTA KINABALU 26 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 326 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 27,238 kes. Sebanyak tiga kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu kes di daerah Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau. Seramai 2,126 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 23,781 orang. Sejumlah 2,085 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 643 orang di hospital dan 1,442 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 68 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Sementara itu daerah Telupid bertukar dari zon…

Read More

Enam lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 26 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti enam lagi kluster baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster baharu. 1. KLUSTER BOT BIRU Melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes dilaporkan positif pada 15 November hasil saringan individu bergejala. Seramai 23 individu disaring dan 17 kes lagi dikesan positif. 2. KLUSTER BLOK 31 Melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes dilaporkan positif pada 21 November hasil saringan individu bergejala. Seramai 26 individu telah disaring dan 13 kes lagi dikesan positif. 3. KLUSTER GEMILANG…

Read More