Google labur AS$15 bilion di Finland

HELSINKI – Google memperkukuh infrastruktur kecerdasan buatan (AI), dengan mengumumkan pelaburan bernilai €13 bilion (AS$15 bilion) di Finland sekali gus menjadi pelaburan tunggal terbesar syarikat itu di Eropah.

Pelaburan berkenaan akan digunakan untuk membina tiga pusat data baharu, memperluas kemudahan sedia ada serta menyokong projek tenaga bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan AI.

Perdana Menteri Finland, Petteri Orpo, menyifatkan keputusan Google itu sebagai pengiktirafan terhadap kekuatan negara tersebut dalam pembangunan infrastruktur digital dan AI secara mampan.

Susulan itu Google menandatangani kontrak selama 22 tahun dengan syarikat utiliti Finland, Fortum, untuk membeli sehingga 50 peratus tenaga yang dijana loji kuasa nuklear Loviisa.

Menurut Google, pelaburan itu dijangka mewujudkan lebih 37,000 peluang pekerjaan sepanjang tempoh pembinaan serta menyumbang kira-kira €3.6 bilion setahun kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Finland.

Projek pembinaan dijadualkan bermula pada 2027 dan 2028 dengan membina pusat data baharu di Kajaani, Muhos dan Vaala, selain memperluaskan kemudahan sedia ada di Hamina.

Related posts

Leave a Comment