5,828 kes harian Indonesia

JAKARTA 27 Nov. – Indonesia merekodkan 5,828 kes baharu Covid-19:menjadikan jumlah kumulatif pesakit meningkat kepada 522,581 kes. Kes kematian pula bertambah sebanyak 169 dan kumulatifnya menjadi 16,521 kes atau 3,2 peratus dari jumlah pesakit. Menurut data Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 3,807 lagi pulih menjadikan kumulatif 437,456. Sementara jumlah kes aktif adalah 68,604 atau 13.1 peratus dari jumlah pesakit. Daripada jumlah keseluruhan kes baharu, Jakarta merekodkan kes tertinggi harian, iaitu 1.436 kes diikuti Jawa Tengah 963, Jawa Barat 699, Jawa Timur 428 dan Riau 261 kes.…

Read More

Singapura hampiri 58,200 kes

SINGAPURA melaporkan empat kes baharu Covid-19 sehingga tengah hari Jumaat 27 November yang semuanya kes import dan dikenakan notis duduk di rumah (SHN) sebaik tiba di negara itu. Jumlah keseluruhan kes jangkitan di Singapura kini hampir 58,199 kes. Singapura melaporkan kes pertama jangkitan dalam masyarakat semalam selepas lebih dua minggu. Lelaki warga Singapura berusia 32 tahun itu bekerja sebagai jurutera perkhidmatan di Master Systems Marine Pte Ltd. Beliau mengalami demam dan sakit tekak pada malam Isnin lalu dan mendapatkan rawatan perubatan di sebuah klinik umum (GP) keesokan harinya di mana…

Read More

Sikap aneh pembangkang

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan majoriti Ahli Parlimen pembangkang tidak menyokong usul undi belah bahagi peringkat dasar Belanjawan 2021 sebagai mengiktiraf kerajaan Perikatan Nasional (PN). Malah tindakan itu disifatkannya sebagai aneh. “Selama kerajaan Tan Sri Muhyiddin tertubuh, pihak pembangkang berusaha untuk menjatuhkannya dengan undi tak percaya di Parlimen. “Tidak kurang 25 usul undi tidak percaya dikemuka. Apabila belanjawan dibentang, pembangkang bersuara kononnya akan menolak. Ada pemimpin yang datang berjumpa saya sehari sebelum untuk nyatakan tentangan mereka,” katanya…

Read More

Sabah catat 441 kes baharu

KOTA KINABALU 27 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, melaporkan 441 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 27,679 kes serta satu kes kematian di daerah Semporna. Seramai 738 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif 24,519 orang manakala 2,027 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 663 orang di hospital dan 1,364 orang di PKRC. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 74 orang dan 21 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Sementara itu daerah Pitas bertukar dari zon jingga ke zon merah manakala Kalabakan bertukar dari zon kuning ke…

Read More

EMPAT kluster baharu di Sabah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan melibatkan 337 kes baharu. Setakat 27 November 2020, sebanyak 349 kluster dilaporkan termasuk empat hari ini. Sebanyak 173 telah ditamatkan, bermakna tinggal 176 kluster lagi yang masih aktif.

Read More

1,109 kes baharu, 2 kematian

PUTRAJAYA 27 Nov. – Kembali kepada empat angka apabila 1,109 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 61,861 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,099 kes adalah merupakan penularan Covid-19 dalam negara sementara kes aktif kebolehjangkitan Covid-19 adalah 11,307 kes. Jumlah kumulatif kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 hari ini melebihi 50,000 dengan 1,148 kes sembuh direkodkan hari ini. Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh Covid-19 sebanyak 50,204 atau 81.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sehingga kini, terdapat…

Read More

‘Selepas arahan minit akhir‘

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengumumkan bahawa beliau adalah antara mereka yang telah menubuhkan sebuah kaukus peringkat Parlimen untuk meneliti isu-isu ekonomi, sosial dan kebajikan masyarakat. Dua lagi ahli Parlimen, iaitu Akmal Nasir (Johor Bahru) dan Hassan Karim (Pasir Gudang) melengkapkan tiga ahli Parlimen yang menubuhkan kaukus ini. BERIKUT KENYATAAN PENUH Penubuhan Kaukus Reformasi Ekonomi, Sosial dan Kebajikan. Arahan yang dikeluarkan semalam oleh Pimpinan Pembangkang bagi meluluskan peringkat dasar Belanjawan 2021 amat mengecewakan banyak pihak. Kami sudahpun bersedia untuk menolak Belanjawan tersebut sehinggalah arahan di minit…

Read More

Kenangan buat kakitangan VSS

IMBASAN 27.11.2018 : VSS PENGHARGAAN Terima kasih Kelab Editorial Utusan. Menjelang berakhirnya tempoh perkhidmatan peserta VSS, Kelab Editorial Utusan menganjurkan majlis ‘penghargaan’ di tingkat 4. Majlis yang biasa diadakan setiap kali berlaku peletakan jawatan, persaraan atau perpindahan. Setiap yang memilih VSS diberi cenderamata karikatur wajah masing-masing. Terima kasih para pelukis @ kartunis terutama dalam kalangan warga kerja Utusan sendiri.

Read More

PKPB Tongkang Pechah

PUTRAJAYA 27 Nov. – Kerajaan memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor bermula 29 November sehingga 13 Disember ini. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan tersebut dibuat selepas sebanyak 56 kes positif Covid-19 dikesan di kawasan tersebut, setakat ini. Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) juga telah menjalankan ujian saringan ke atas 672 individu, dengan 302 sampel masih menunggu keputusan. PKPB ini akan melibatkan seramai 16,300 penduduk di kawasan-kawasan seperti berikut: Bandar Putera Indah; Lorong 7 hingga 10; Batu 7; dan Kampung Mohd Nor.…

Read More