Kenapa Pejuang tolak?

KENYATAAN DR MAHATHIR MOHAMAD Kerajaan yang didiri melalui rasuah dan sogokan pada Ahli Parlimen, dan Kerajaan yang korup boleh pula disokong oleh Ahli Parlimen pembangkang tanpa sedikitpun berasa bersalah kerana mungkir janji kepada rakyat. MENOLAK BELANJAWAN 1. Apabila cuma 13 ahli Parlimen bukan Kerajaan bangun untuk tolak belanjawan 2021, undi belah bahagi tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan 15 ahli. 2. Apabila ini berlaku, ia bermakna bahawa Kerajaan yang dipilih rakyat boleh dijatuhkan di tengah jalan dan diganti dengan Kerajaan pintu belakang. Pilihanraya tidak bermakna lagi. 3. Kerajaan yang didiri…

Read More

PM terharu, bersyukur

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terharu dengan pendirian ahli-ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada Belanjawan 2021 yang diluluskan pada peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini. Perdana Menteri berkata, ia membuktikan mereka menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu ahli politik mengenepikan sementara ‘politicking’ bagi membolehkan belanjawan ini diluluskan tanpa gangguan ketika negara sedang bergelut dengan ancaman Covid-19 Sokongan itu katanya, membuktikan kematangan ahli-ahli Parlimen dalam membuat keputusan penting dengan meletakkan kebajikan, keselamatan nyawa dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan mendahului perkara lain. “Alhamdulillah, saya bersyukur…

Read More

935 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA 26 Nov. – Sebanyak 935 kes baharu Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 60,752 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat empat kes import yang menerima jangkitan dari luar negara Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 11,348 kes. Sementara itu, kes kematian baharu turut mencatat pertambahan sebanyak tiga kes menjadikan jumlah kematian kini sebanyak 348 kes. Setakat ini, sebanyak 110 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 45 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. Jumlah kes…

Read More

Seri Paduka zahir penghargaan

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menzahirkan penghargaan kepada semua Ahli Dewan Rakyat yang memberi sokongan bagi meluluskan Belanjawan 2021 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Al-Sultan Abdullah juga mengalu-alukan sokongan yang telah diberikan bagi kelulusan Belanjawan 2021 untuk menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19. Baginda menitahkan demikian dalam satu kenyataan melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin…

Read More

Belanjawan 2021 lulus

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Belanjawan, yang pertama dibentang di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diluluskan dengan lebih suara bersetuju. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 pada 6 November lepas dan seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dari 9  hingga 19 November . Menteri-menteri berkenaan mula menggulung pada 23 November sebelum Tengku Zafrul menggulung bagi pihak Kementerian Kewangan hari ini diikuti dengan pengundian untuk meluluskan Belanjawan itu. Mengikut Takwim Dewan Rakyat, ia kini akan dibahas di peringkat jawatankuasa…

Read More

8 juta pencarum KWSP layak

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Lapan juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) layak mengeluarkan sehingga RM10,000 apabila kerajaan bersetuju untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Simpanan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19. Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, sama ada disebabkan hilang pekerjaan, terkurang pendapatan mereka tahun ini, ahli tersebut layak membuat pengeluaran dari Akaun 1, tanpa mengira ahli tersebut pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak. “Selagi mereka terjejas pendapatan dengan ketara, mereka boleh mengeluarkan simpanan…

Read More

6.4 juta dos vaksin bulan depan

WASHINGTON: Amerika Syarikat merancang mengagihkan kira-kira 6.4 juta dos vaksin Covid-19 di seluruh negara itu pada peringkat awal bulan depan selepas yang pertama diluluskan oleh pihak pengawal selia bagi penggunaan kecemasan. Pegawai pemerintah program tindak balas Covid-19, Operation Warp Speed, memberitahu wartawan kelmarin, setiap negeri dan wilayah telah dimaklumkan mengenai anggaran peruntukan vaksin supaya mereka dapat merancang cara terbaik mengagihkannya kepada penduduk berisiko tinggi. Pegawai itu sebelum ini mengatakan mereka menjangka 40 juta dos akan diedarkan menjelang akhir tahun ini, angka yang mereka ulangi kelmarin. Firma Pfizer Inc minggu lalu…

Read More

60 juta kes, 1.4 juta kematian

JUMLAH kes global jangkitan Covid-19 kini mencecah 60 juta orang dengan jumlah kematian meningkat kepada 1.4 juta manakala 38.6 juta pesakit sembuh. Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) setakat 8.50 pagi ini, masih mendahului negara-negara lain sama ada kes jangkitan atau kematian. Daripada 60,251,496 kes AS merekodkan 12,759,949 kes manakala kematian pula sebanyak 262,080 daripada jumlah kematian global 1,418,617. India menduduki tempat kedua dengan 9,222,216, Brazil 6,118,708, Perancis 2,221,874 dan Rusia 2,144,229. Enam negara melepasi satu juta kes iaitu Sepanyol 1,605,066, United Kingdom 1,560,846, Itali 1,480,874, Argentina 1,390,388, Colombia 1,270,991 dan Mexico…

Read More

Maradona meninggal dunia

BUENOS AIRES: Bintang bola sepak Diego Maradona, yang dianggap antara pemain terbaik dalam sejarah, meninggal dunia pada usia 60 tahun. Bekas kapten dan pemain midfield Argentina itu mengalami serangan jantung. Maradona baru sahaja menjalani pembedahan untuk mengeluarkan gumpalan darah di otaknya pada awal bulan ini dan sedang dirawat bagi ketagihan arak. Beliau memimpin Argentina sebagai kapten semasa ia memenangi Piala Dunia 1986 dan memahat namanya dalam sejarah dengan persembahan individu yang cemerlang. Persatuan Bola Sepak Argentina dalam kenyataannya berkata ia amat berdukacita dengan pemergian seorang legenda. “Anda akan sentiasa berada di …

Read More