1,392 kes baharu di Filipina

JABATAN Kesihatan Filipina melaporkan 1,392 kes positif baharu Covid-19 setakat pukul 4 petang hari ini, 26 November 2020, menjadikan jumlah keseluruhan kes  meningkat kepada 424,297.

Pada masa yang sama, Jabatan Kesihatan (DoH) juga memaklumkan 28,789 kes aktif.

Sebanyak 27 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,242 kematian.

Bagi kes sembuh pula, DoH melaporkan sebanyak 328 lagi pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah pulih meningkat kepada 387,266 orang.

Related posts

Leave a Comment