Thailand lapor 16 kes

BANGKOK 26 Nov. – Sebanyak 16 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand pada Khamis, kesemuanya kes import melibatkan mereka yang baru tiba di sini dari luar negara yang menjadikan jumlah kumulatif 3,942.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), mereka tiba dari Kuwait, Qatar, Sweden, Turki, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

Sembilan kes melibatkan mereka yang berumur 33 hingga 51 yang tiba dari Kuwait melalui Qatar dan Singapura pada Jumaat lalu. Lapan daripada mereka wanita.

Dua lagi kes adalah seorang guru dari Kuwait, dan seorang lelaki Thai yang juga tiba melalui Qatar dengan pesawat yang sama.

Lima lagi adalah dari Qatar, Sweden, Switzerland, UAE dan AS.

Related posts

Leave a Comment