Enam lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 26 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti enam lagi kluster baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster baharu.

1. KLUSTER BOT BIRU

Melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes dilaporkan positif pada 15 November hasil saringan individu bergejala.

Seramai 23 individu disaring dan 17 kes lagi dikesan positif.

2. KLUSTER BLOK 31

Melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes dilaporkan positif pada 21 November hasil saringan individu bergejala.

Seramai 26 individu telah disaring dan 13 kes lagi dikesan positif.

3. KLUSTER GEMILANG

Melibatkan syarikat logistik di Johor. Kes dilaporkan positif pada 24 November melibatkan kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

Seramai 95 individu telah disaring dan 26 kes lagi dikesan positif Covid-19.

4. KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI UDANG

Melibatkan pekerja tapak binaan di Kepong, Kuala Lumpur. Kes dilaporkan positif pada 22 November hasil saringan tempat kerja.

196 individu telah disaring dan 11 kes lagi dikesan positif.

5. KLUSTER CHENGAL

Melibatkan daerah Kota Bharu dan Machang, Kelantan. Kes dilaporkan positif pada 21 November hasil melibatkan kes SARI.

Seramai 254 individu disaring, 15 kes lagi dikesan positif.

6. KLUSTER DAMAR LAUT

Melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di negeri Pulau Pinang serta daerah Padang Terap di Negeri Kedah. Lima kes pertama dilaporkan positif antara 21 hingga 25 November hasil saringan individu bergejala.

Seramai 651 individu disaring, 13 kes lagi dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment