16,361 kes baharu di Filipina

MANILA 21 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 16,361 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 2,401,916 kes.

Menurut DoH sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 37,074 selepas 140 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Pada masa yang sama, sebanyak 21,974 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 2,193,700 orang atau 91.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif pula turun iaitu 171,142 berbanding 176,850 semalam

Related posts

Leave a Comment