Sabah catat 326 kes baharu

KOTA KINABALU 26 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 326 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 27,238 kes.

Sebanyak tiga kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu kes di daerah Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau.

Seramai 2,126 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 23,781 orang.

Sejumlah 2,085 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 643 orang di hospital dan 1,442 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 68 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Sementara itu daerah Telupid bertukar dari zon kuning ke zon hijau.

Pada hari ini, terdapat dua kluster baharu di daerah Tawau iaitu; Kluster Blok 31 sebanyak lapan kes berkaitan dengan majlis makan malam di blok 31; dan

Kluster Bot Biru sebanyak enam kes berkaitan dengan Kuarters Polis Marin.

Daripada 326 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 104 kes (31.90%) adalah dari saringan kontak rapat yang melibatkan daerah Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kota Belud dan Semporna. Selebihnya iaitu 222 kes adalah dari lain-lain kategori.

Related posts

Leave a Comment