Peningkatan kes di Indonesia

JAKARTA 14 Nov. – Jumlah jangkitan kes positif Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 5,772 kes baharu yang menjadikan  jumlah keseluruhan 463,007 kes dengan 59,765 kes aktif. Provinsi Jakarta merekodkan 1,255 kes dengan kumulatifnya 117,462 kes, diikuti Jawa Tengah 1,222 kes,. Jawa Barat 809, Jawa Timur 256 dan Sumatera Barat 244. Bagi kes pesakit meninggal dunia pula, sebanyak 111 kematian dilaporkan yang membawa jumlah kumulatifnya 15,148. Jawa Tengah merekodkan 40 kes, berbanding 32 semalam menjadikan jumlah kumulatifnya 1,990 kes, Jawa Timur 25 kematian, Jakarta 12 dan Jawa Barat dua.…

Read More

Penurunan kes harian di Saudi

  RIYADH 14 Nov. – Arab Saudi mencatatkan penurunan kes jangkitan Covid-19 hari ini apabila merekodkan 349 kes baharu berbanding 441 kes yang dilaporkan semalam, Jumaat. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes jangkitan setakat ini adalah 352,950 manakala jumlah kematian meningkat kepada 5,641 kes termasuk  16 kematian hari ini. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 379 pesakit dilaporkan pulih dan ini membawa kepada peningkatan kes sembuh sebayak 339,947. Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 62 kes diikuti Makkah 29, Jeddah 28, Madinah 27 dan Yanbu 23 .sementarakes aktif 7,362dengan 807 kes aktif.

Read More

391 kes di Sabah, 2 kematian

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 391 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 22,714 kes. Hari ini dua (2) kes kematian dicatatkan di Daerah Kota Kinabalu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat. Pada hari ini, seramai 358 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital. Manakala, seramai 2,475 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 678 orang di hospital dan 1,797 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 65 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Daerah Tenom…

Read More

48 kluster aktif, empat baharu

PUTRAJAYA 14 Nov. – Sebanyak 48 kluster aktif melaporkan kes baharu hari ini di mana Kluster Cergas melaporkan kes tertinggi iaitu 364 manakala Kluster Tembok turut melaporkan kes baharu hari ini; 50. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat kini, terdapat 160 kluster aktif. dan hari ini  empat kluster baharu Covid-19 dikesan melibatkan  negeri Sabah, Pulau Pinang dan Kedah,. Di Sabah, Kluster Istimewa di Sandakan mengesan 16 kes positif Covid-19 termasuk 10 kes baharu hari ini dengan kes indeks (ke-22,026) dikenal pasti hasil saringan kemasukan ke wad pada 20 Oktober .…

Read More

Lembah Klang 217 kes baharu

PUTRAJAYA 14 Nov. – Daerah Klang merekodkan 52 kes, tertinggi daripada 200 kes baharu yang dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor 2,704 sementara di daerah Klang 840 kes diikuti Hulu Langat yang merekodkan 52 kes menjadikan kumulatif 816 kes. Daerah Petaling merekodkan 25 kes, Sepang 14, Gombak tujuh, Kuala Langat dua, Huku Selangor dan Kuala Selangor masing-masing satu dan sifar kes di Sabak Bernam. Sementara itu Kuala Lumpur merekodkan 13 kes, satu angka yang turun secara mendadak berbanding 201 kes semalam. Namun begitu, ini bukan indikasi…

Read More

Lonjakan kes di N. Sembilan

PUTRAJAYA 14 Nov. – Sabah mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 391 kes, diikuti Negeri Sembilan yang turut mencatatkan lonjakan kes dari 83 semalam kepada 371 kes hari ini. Daripada 371 kes di Negeri Sembilan, sebanyak 367 kes disumbangkan oleh kluster sedia ada. Selangor merekodkan 200 kes termasuk satu kes import, Perak (53), Pulau Pinang (34), Kuala Lumpur (13) dan Johor (15).  Negeri lain adalah Kedah dengan 10 kes, Labuan (lapan), Melaka (enam), Kelantan (lima), Sarawak (tiga) dan Putrajaya mencatat empat kes. Sementara itu Perlis, Pahang dan Terengganu tidak melaporkan…

Read More

Kes jangkitan kekal 4 digit

PUTRAJAYA 14 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 kekal empat digit hari ini apabila mencatatkan sebanyak 1,114 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif ada;ah sebanyak 46,209 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor HIsham Abdullah, berkata peningkatan kes baharu ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 12,131 kes. Daripada 1,114 kes baharu pada hari ini, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, melibatkan seorang warganegara dan seorang bukan warganegara yang tiba dari Indonesia dan Jordan.. Di samping itu, dua lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian 306 kes…

Read More

Kelantan tangguh kuliah agama

KOTA BHARU 14 Nov. – Tangguh kuliah agama di semua masjid dan surau di Kelantan mulai hari ini sehingga 28 November. Itu arahan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) . Dalam satu kenyataan, Yang Dipertua MAIK  Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata pendekatan itu sebagai langkah bagi membendung penularan Covid-19. Beliau berkata perkara itu turut mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bagi penangguhan kuliah agama di masjid seluruh negeri berkenaan. “Sejak akhir-akhir ini berlaku…

Read More

Vaksin percuma di Greece

ATHENS: Greece akan memberikan vaksin Covid-19 secara percuma kepada rakyatnya apabila vaksin itu diperoleh, kata Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis. Beliau berkata negara itu akan menerima penghantaran pertama vaksin pada awal 2021 dan vaksin itu diberi percuma tanpa pengecualian. Kenyataan dibuat semasa beliau mempengerusikan mesyuarat menteri mengenai strategi vaksinasi kerajaan untuk Covid-19. “Saya menegaskan tentang akses percuma vaksin kepada seluruh rakyat Greece, kerana kerajaan ini menggangap vaksin sebagai harta awam dari mula,” katanya Beliau memberitahu, lebih 25 juta dos diperuntukkan untuk Greece dan sebilangannya adalah dos berganda yang diperlukan. “Kita mungkin…

Read More