48 kluster aktif, empat baharu

PUTRAJAYA 14 Nov. – Sebanyak 48 kluster aktif melaporkan kes baharu hari ini di mana Kluster Cergas melaporkan kes tertinggi iaitu 364 manakala Kluster Tembok turut melaporkan kes baharu hari ini; 50.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat kini, terdapat 160 kluster aktif. dan hari ini  empat kluster baharu Covid-19 dikesan melibatkan  negeri Sabah, Pulau Pinang dan Kedah,.

Di Sabah, Kluster Istimewa di Sandakan mengesan 16 kes positif Covid-19 termasuk 10 kes baharu hari ini dengan kes indeks (ke-22,026) dikenal pasti hasil saringan kemasukan ke wad pada 20 Oktober .

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 15 lagi kes positif dan kesemua kes ini dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.

Dr Noor Hisham berkata Kluster kedua di Sabah iaitu Kluster Alila dikesan di Kota Kinabalu membabitkan kes indeks (ke-23,498) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober lepas.

Beliau berkata saringan kontak rapat mengesan 22 lagi kes positif Covid-19 dan kesemua kes itu telah dimasukkan ke PKRC Hospital Queen Elizabeth.

Kluster ketiga pula iaitu Kluster Assumption melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang serta daerah Kulim di Kedah dengan kes indeks (ke-42,773) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kendiri pada 11 November lalu.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan lagi kes positif Covid-19 dan kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Dr Noor Hisham berkata Kluster Rajawali pula telah dikesan di daerah Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang melibatkan kes indeks (kes ke-39,181) yang dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kendiri pada 6 November dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Related posts

Leave a Comment