Lembah Klang 217 kes baharu

PUTRAJAYA 14 Nov. – Daerah Klang merekodkan 52 kes, tertinggi daripada 200 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor 2,704 sementara di daerah Klang 840 kes diikuti Hulu Langat yang merekodkan 52 kes menjadikan kumulatif 816 kes.

Daerah Petaling merekodkan 25 kes, Sepang 14, Gombak tujuh, Kuala Langat dua, Huku Selangor dan Kuala Selangor masing-masing satu dan sifar kes di Sabak Bernam.

Sementara itu Kuala Lumpur merekodkan 13 kes, satu angka yang turun secara mendadak berbanding 201 kes semalam.

Namun begitu, ini bukan indikasi bahawa arahan SOP boleh diabaikan kerana virus ini telahpun ada dalam komuniti kita.

Lembah Pantai mencatatkan lima kes, Cheras empat, Kepong tiga dan Titiwangsa satu.

Sementara itu Putrajaya melaporkan empat kes baharu, semuanya daripada kluster sedia ada.

Related posts

Leave a Comment