JAKARTA 14 Nov. – Jumlah jangkitan kes positif Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 5,772 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan 463,007 kes dengan 59,765 kes aktif.
Provinsi Jakarta merekodkan 1,255 kes dengan kumulatifnya 117,462 kes, diikuti Jawa Tengah 1,222 kes,. Jawa Barat 809, Jawa Timur 256 dan Sumatera Barat 244.
Bagi kes pesakit meninggal dunia pula, sebanyak 111 kematian dilaporkan yang membawa jumlah kumulatifnya 15,148.
Jawa Tengah merekodkan 40 kes, berbanding 32 semalam menjadikan jumlah kumulatifnya 1,990 kes, Jawa Timur 25 kematian, Jakarta 12 dan Jawa Barat dua.
Sementara itu, kes sembuh kini meningkat kepada 388,094, dengan 3,000 pesakit dilaporkan sembuh hari ini.
Kes sembuh harian tertinggi direkodkan di provinsi Jakarta sebanyak 1.039 kes dan kumulatifnya 108.116 kes.
Jawa Barat merekodkan 472 kes, Jawa Timur dan Jawa Tengah masing-masing 230 kes, Sumatera Barat 157, Kalimantan Timur 148, Kepulauan Riau 115 kes.
Grafik 13 dan 14 November menunjukkan peningkatan kes