Penurunan kes harian di Saudi

 

RIYADH 14 Nov. – Arab Saudi mencatatkan penurunan kes jangkitan Covid-19 hari ini apabila merekodkan 349 kes baharu berbanding 441 kes yang dilaporkan semalam, Jumaat.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes jangkitan setakat ini adalah 352,950 manakala jumlah kematian meningkat kepada 5,641 kes termasuk  16 kematian hari ini.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 379 pesakit dilaporkan pulih dan ini membawa kepada peningkatan kes sembuh sebayak 339,947.

Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 62 kes diikuti Makkah 29, Jeddah 28, Madinah 27 dan Yanbu 23 .sementarakes aktif 7,362dengan 807 kes aktif.

Related posts

Leave a Comment