PN didaftarkan 7 Ogos 2020

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tampil menjelaskan bahawa pendaftaran parti Perikatan Nasional (PN)  telah diluluskan dan berkuat kuasa pada 7 Ogos 2020. RoS dalam kenyataan memberitahu, parti berkenaan didaftarkan melalui pengeluaran sijil pendaftaran PPM-019-14-07082020 yang dilulus dan ditandatangani oleh Pendaftar Pertubuhan. “Sijil pendaftaran, logo parti dan perlembagaan parti telah ditandatangani dan dikemukakan kepada parti Perikatan Nasional sebaik sahaja pendaftaran parti diluluskan,” menurut kenyataan itu. Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman  dilaporkan mendakwa hasil semakan yang dibuat melalui laman sesawang RoS, tidak menemui rekod pendaftaran parti…

Read More

607 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 607 kes positif Covid-19 pada Isnin, 14 September, satu jumlah yang masih rendah walaupun angka semalam menunjukkan 601 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara itu kini meningkat kepada 326,258 kes. Mengenai kes pulih pula, sebanyak 1,060 pesakit dilaporkan sembuh hari ini dan jumlah itu meningkat kepada 303,930 Jumlah kematian pula meningkat kepada 4,305 berikutan 37 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Bagi kes aktif pula terdapat 18,023 dengan kes kritikal sebanyak 1,293. Sementara itu, Makkah mencatatkan kes tertinggi iaitu 73 kes diikuti Jeddah…

Read More

Filipina, Indonesia tambah kes

INDONESIA mencatatkan 3,141 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kini 221,523 kes. Data yang disiarkan pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 menunjukkan sebanyak 98,842 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 14 September, sebanyak 118 kematian berlaku, menjadikan jumlah kumulatif kini 8,841 orang. Jakarta, yang dikenakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula hari ini, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 55,099 kes, dengan tambahan 879 kes baharu. Jawa Timur mencatatkan jumlah…

Read More

28 kes tempatan, 3 import

SEBANYAK 31 kes baharu Covid-19 melibatkan 28 kes penularan tempatan dan tiga kes import dilaporkan hari ini 14 September menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 9,946, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada  28 kes penularan tempatan, 19 kes adalah warga Malaysia manakala sembilan lagi bukan warganegara, dengan 23 kes di Sabah, empat di Negeri Sembilan melibatkan Kluster Bunga dan satu kes di Kluster Sungai, Kedah.  Di Sabah, 17 kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu (LD) dengan lapan kes melibatkan bukan warganegara, satu kes saringan warga emas di Klinik Kesihatan Merotai, satu kes saringan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di Hospital…

Read More

Hawar berdarah jadi punca

WABAK hawar berdarah menjadi punca kematian lebih 35 ekor kerbau peliharaan bapa Muhammad Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’. Kematian haiwan ternakan yang menjadi kesayangan remaja berusia 15 tahun itu mengakibatkan keluarga itu kerugian lebih RM200,000. Kerbau yang dipelihara di Kampung Banggol Katong, Serada, mati secara berperingkat sejak Rabu lalu dan 11 ekor daripadanya difahamkan mati bergelimpangan Menurut laporan AstroAwani, Khamis Jusoh menyedari  kejadian itu pada Rabu lalu selepas seekor kerbaunya mati. Pada keesokan harinya, beberapa lagi ekor mati dan setakat hari ini (Isnin 14 September) lebih 30…

Read More

Kampung Boy berduka

“DUGAAN besar buat kami sekeluarga… mungkin sekarang musim wabak…kami sekeluarga mengharapkan doa dari semua agar musibah ini segera berakhir…” demikian catatan ‘Kampung Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ yang berdepan musibah haiwan ternakan termasuk kerbau milik bapanya mati. Adalah dipercayai lebih 25 ekor haiwan ternakan termasuk kerbau didapati sudah tidak bernyawa pada pagi ini, 14 September 2020. Muhammad Syukur Khamis, 15, meluahkan perasaan sedihnya itu di laman sosial Facebook ‘Syukor Khamis – Kampong Boy’ kira-kira pukul 11 pagi yang memaparkan proses menanam bangkai haiwan kesayangannya itu. Beliau berkata kejadian di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu itu adalah dugaan besar buat…

Read More

Saudi tarik balik sekatan

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi akan menarik balik semua sekatan perjalanan terhadap pengangkutan udara, darat dan laut bagi rakyatnya mulai 1 Januari 2021, demikian menurut agensi berita negara SPA. Di samping itu, mulai esok, 15 September, sebahagian daripada penggantungan penerbangan antarabangsa akan ditarik balik bagi membenarkan rakyat dan penduduk dalam “kategori terkecuali” melakukan perjalanan. Arab Saudi menggantung semua khidmat penerbangan antarabangsa bagi mencegah penularan virus korona baharu Covid-19 mulai Mac lalu. Kategori yang dikecualikan termasuk kakitangan sektor awam dan tentera, pegawai diplomat dan anggota keluarga mereka, mereka yang bertugas dalam sektor…

Read More

Gerakan tidak perlu ‘tumpang’ di mana-mana ‘hotel’

SEKALI air bah sekali pantai berubah. Begitulah juga yang berlaku dalam dunia politik tanah air apabila kerajaan Pakatan Harapan ( PH) ‘melepaskan’ kuasa  pemerintah dan membuka laluan kepada kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN). Perubahan kepemimpinan kerajaan juga membawa pelbagai perubahan pendirian dan tindakan politik sama ada melibatkan anggota parti, pemimpin dan organisasi. Lompat melompat yang digelar katak, letak jawatan, sembunyi di bawah tempurung, keluar parti malahan ‘lari meninggalkan keluarga besar’ yang sedang dilanda ‘kesusahan dan kesedihan’ menjadi lumrah parti politik dan orang politik. Kononnya mahu mencari hala tuju baharu. Barisan…

Read More

Pemergian Pak Andak dirasai penggiat seni

Oleh KHADIJAH IBRAHIM (bebasnews.my) RATA-RATA peminat drama Tujuh Hari Mencintaiku 2, kagum dengan sifat sabar Pak Andak lakonan Idris Mat Diah. Bukan saja penonton menyenangi karakter Pak Andak itu, malah para pelakon yang terlibat dalam drama arahan Jamal Khan turut menyenangi sifat beliau ketika di lokasi. Kini Pak Andak atau Idris, 61, telah tiada dan pergi menemui Illahi, kira-kira pukul 2.30 pagi tadi. Menurut anak arwah, Alia, ayahnya disedari tidak sedar diri sekitar pukul 2 pagi tadi, mereka menghubungi pihak ambulans dan kemudian pasukan perubatan mengesahkan ayahnya meninggal dunia pada…

Read More

Muktamar Pas lulus 8 usul

MUKTAMAR Tahunan Pas ke-66 semalam, 13 September sebulat suara meluluskan lapan usul termasuk isu berkaitan normalisasi hubungan diplomatik Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Liga Arab dengan Israel. Usul berkenaan dibentangkan perwakilan Dewan Ulama Pas Pusat Muhammad Najhan Shahir Abdul Halim semasa membawakan usul itu pada muktamar tersebut. Menerusi usul berkenaan, Dewan Ulama mendesak agar umat Islam dan setiap kerajaan Islam membantah dan mengecam pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota negara haram Israel, serta sebarang bentuk normalisasi hubungan diplomatik dengan negara Israel, bagi mengekang perluasan kuasa politik dan penjajahannya ke atas Palestin.…

Read More