Filipina, Indonesia tambah kes

INDONESIA mencatatkan 3,141 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kini 221,523 kes.

Data yang disiarkan pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 menunjukkan sebanyak 98,842 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 14 September, sebanyak 118 kematian berlaku, menjadikan jumlah kumulatif kini 8,841 orang.

Jakarta, yang dikenakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula hari ini, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 55,099 kes, dengan tambahan 879 kes baharu.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,800 orang, diikuti Jakarta (1,418), Jawa Tengah (1,153), Kalimantan Selatan (389), Sulawesi Selatan (383) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

FILIPINA pula setakat pukul 4 petang hari ini, merekodkan 4,699 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 265,888 kes.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga melaporkan kes aktif adalah sebanyak 53,754.

Sebanyak 259 lagi pesakit meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 4,630.

Sementara itu, DoH melaporkan 249 pesakit sembuh dan jumlah itu membawa kepada 207,504 orang atau 78.0 peratus pesakit telah pulih.

Related posts

Leave a Comment