28 kes tempatan, 3 import

SEBANYAK 31 kes baharu Covid-19 melibatkan 28 kes penularan tempatan dan tiga kes import dilaporkan hari ini 14 September menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 9,946, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada  28 kes penularan tempatan, 19 kes adalah warga Malaysia manakala sembilan lagi bukan warganegara, dengan 23 kes di Sabah, empat di Negeri Sembilan melibatkan Kluster Bunga dan satu kes di Kluster Sungai, Kedah. 

Di Sabah, 17 kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu (LD) dengan lapan kes melibatkan bukan warganegara, satu kes saringan warga emas di Klinik Kesihatan Merotai, satu kes saringan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di Hospital Lahad Datu.

Dalam kenyataannya, beliau memberitahu, satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Queen Kudat, satu kes saringan rujukan ke Hospital Tawau, satu kes saringan kontak rapat bagi kes ke-9,454 iaitu anak kepada kes ke-9,454, dan satu kes saringan tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat.

Bagi tiga kes import pula, kesemuanya adalah dari Indonesia melibatkan dua kes warga Malaysia di Sabah dan satu kes warga Indonesia di Kuala Lumpur, yang memasuki negara pada 31 Ogos lepas.

Related posts

Leave a Comment