WABAK hawar berdarah menjadi punca kematian lebih 35 ekor kerbau peliharaan bapa Muhammad Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’.
Kematian haiwan ternakan yang menjadi kesayangan remaja berusia 15 tahun itu mengakibatkan keluarga itu kerugian lebih RM200,000.
Kerbau yang dipelihara di Kampung Banggol Katong, Serada, mati secara berperingkat sejak Rabu lalu dan 11 ekor daripadanya difahamkan mati bergelimpangan
Menurut laporan AstroAwani, Khamis Jusoh menyedari kejadian itu pada Rabu lalu selepas seekor kerbaunya mati.
Pada keesokan harinya, beberapa lagi ekor mati dan setakat hari ini (Isnin 14 September) lebih 30 ekor ternakan itu mati.
Pada 9 September seekor mati kemudiannya dua, lepas itu tiga, empat dan pada Ahad sebanyak 11 ekor Bergelimpangan dalam kandang.
Jumaat lalu juga ada yang mati dalam kandang tapi tak sebanyak semalam dan hari ini.
(Sumber Astroawani)