Kes di Indonesia lebih 287,000

INDONESIA merekodkan 4,284 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 287.008 kes dengan kes aktif 61.321. Data Kementerian Kesihatan juga merekodkan 139 kematian yang membawa jumlah pesakit meninggal dunia mencapai 10,740. Pesakit sembuh pula mengatasi jumlah kes baharu iaitu sebanyak  4,510 yang membawa jumlah keseluruhan pesakit sembuh 214,947 kasus.  Kes sembuh tertinggi dicatatkan  di Jakarta dengan 1.456 kes dan kumulatifnya mencapai 60.231 kes, Sulawesi Selatan dengan tambahan 374 kes dan kumulatifnya 12,340 diikuti Jawa Barat dengan 371 kes dan kumulatifnya 13.650 kes. Jawa Timur merekodkan 350 kes dan…

Read More

Sheikh Nawaf Emir Kuwait

SHEIKH Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah mengangkat sumpah di hadapan Majlis Nasional pada Rabu 30 September sebagai Emir Kuwait ke-16. Beliau ditabalkan sebagai Emir Kuwait baharu berikutan kematian Syeikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, pada Selasa petang. “Perlembagaan menjamin peralihan kepemimpinan yang lancar untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran,” kata Sheikh Nawaf. Beliau juga berikrar akan melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin serta mengulangi komitmen terhadap perlembagaan dan demokrasi. Sheikh Nawaf dilahirkan pada 25 Jun 1937, pernah berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri dari 1978 hingga 1988 dan kemudian dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Pada 16 Oktober 2003, dekri diraja…

Read More

Kes harian bandar utama turun

BUAT kali pertama dalam tempoh beberapa bulan selepas pandemik Covid-19 dikesan, beberapa bandar utama di Arab Saudi hari ini, 30 September merekodkan kes harian yang kurang daripada 50 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), daripada 418 kes yang direkodkan, Jeddah mencatatkan 43 kes diikuti Makkah dan Riyadh masing-masing 31 kes diikuti Yanbu 29 dan Hafouf 25. Jumlah 418 kes yang dicatatkan hari ini juga rendah, kedua terendah selepas 403 kes yang dilaporkan pada 27 September lalu. Dengan perkembangan ini juga, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan Arab Saudi setakat ini adalah 334,605…

Read More

Lokasi positif Covid-19

BARU-baru ini tular di media sosial mengenai senarai lokasi yang dikunjungi oleh individu yang didapati positif Covid-19. ‘Nasihat’ yang diberi supaya mengelakkan daripada berada atau mengunjungi lokasi berkenaan. Dalam erti kata lain, lokasi itu cuba digambarkan tidak selamat Maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain. Hakikatnya, lokasi yang telah dilawati kes positif akan dilakukan proses disinfeksi dan nyahkuman. Selepas proses ini, ia selamat untuk dikunjungi dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP.).

Read More

89 kes, dua kematian

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat dua lagi kes kematian akibat Covid-19 pada Rabu, 30 September Ketua Pengarah, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kematian dalam negara meningkat kepada 136 kes atau bersamaan dengan 1.21 peratus. Mengenai kes baharu pula, sebanyak 89 kes dilaporkan berbanding lebih 100 kes dilaporkan selama tiga hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara meningkat kepada 11,224 kes. Daripada kes yang direkodkan, 86 melibatkan kes tempatan dan tiga lagi ialah kes import. Sementara itu, sebanyak 28 kes disahkan pulih dan…

Read More

Emir Kuwait meninggal dunia

EMIR Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dilaporkan meninggal dunia pada Selasa. Sheikh Sabah Al-Ahmad yang memerintah Kuwait sejak 2006 dilaporkan menghembus nafas terakhir pada usia 91 tahun. Memetik laporan antarabangsa, Menteri Hal Ehwal Dalam Negara, Sheikh Ali Jarrah al-Sabah memaklumkan seluruh negara turut berduka dengan pemergian beliau. Sheikh Sabah sebelum ini dilaporkan berlepas ke Amerika Syarikat pada 23 Julai lalu bagi menerima rawatan susulan pembedahan yang dilakukan baru-baru ini. Beliau sebelum ini ditahan di wad pada 18 Julai bagi pemeriksaan kesihatan selepas pembedahan dilakukan satu hari sebelum itu. Ketika…

Read More

Thailand catat 14 kes import

THAILAND terus mencatatkan kes import apabila 14kes baharu Covid-19  melibatkan mereka yang dikuarantin sejurus tiba dari Hong Kong, India, Sudan Selatan dan Turki. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, tujuh daripada kes baharu itu melibatkan anggota tentera yang tiba dari Sudan Selatan pada 22 September lalu selepas menyertai pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes 3,559. Tiga lagi kes melibatkan pekerja wanita, dua berusia 28 tahun dan seorang lagi 50 tahun yang tiba dari Hong Kong pada 23 September dan dikuarantin di Bangkok. Turut tersenarai,…

Read More

Kes di Arab Saudi 334,187

ARAB Saudi pada Selasa, 29 September merekodkan 539 kes baharu koronavirus Covid-19; yang membawa jumlah kumulatif 334,187 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 27 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah kumulatif kematian 4,739. Jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya meningkat kepada 318,542 atau 95.31 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 696 pesakit sembuh hari ini. Kes aktif pula menunjukkan penurunan dengan 10,906 kes di mana 1,005 adalah kritikal. Sementara itu Jeddah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 61 diikuti Makkah 53, Madinah 46, Hafouf dan Riyadh masing-masing 35 kes dan…

Read More