607 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 607 kes positif Covid-19 pada Isnin, 14 September, satu jumlah yang masih rendah walaupun angka semalam menunjukkan 601 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara itu kini meningkat kepada 326,258 kes.

Mengenai kes pulih pula, sebanyak 1,060 pesakit dilaporkan sembuh hari ini dan jumlah itu meningkat kepada 303,930

Jumlah kematian pula meningkat kepada 4,305 berikutan 37 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Bagi kes aktif pula terdapat 18,023 dengan kes kritikal sebanyak 1,293.

Sementara itu, Makkah mencatatkan kes tertinggi iaitu 73 kes diikuti Jeddah yang merekodkan 65 kes, Hufof 46, Riyadh 42, Madinah 38, Al-Mobarraz dan Dammam masing-masing 26 dan Hail 21 kes.

Related posts

Leave a Comment