SETAKAT 26 Ogos 2020, Kluster Tawar adalah kes aktif yang paling tinggi dan diberi tumpuan di mana sebanyak 73 kes positif Covid-19 telah direkodkan sejak kluster ini dikesan pada 12 Ogos lalu. Kes indeks bagi kluster ini adalah seorang lelaki warganegara yang merupakan pembekal makanan ringan dan penjual besi buruk. Dia dikesan positif ketika menjalani saringan selepas bergejala di sebuah hospital swasta di Sungai Petani dan sehingga kini, punca jangkitan masih dalam siasatan. Daripada 73 kes, enam dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan setakat ini, kluster tersebut tidak melaporkan…
Read MoreMonth: August 2020
5 kes : Tiga tempatan, 2 import
PUTRAJAYA: Lima kes positif Covid-19 dilaporkan, melibatkan tiga penularan tempatan dan dua import menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 9,296 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes import yang dilaporkan di Selangor itu mendapat jangkitan di Filipina dan Mesir yang melibatkan warganegara. Tiga kes penularan dalam negara pula adalah dalam kalangan warganegara Malaysia di Melaka iaitu dua kes saringan prapembedahan dan satu kes saringan bergejala, semuanya di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak. Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula menurun kepada 177 kes dan…
Read MorePKPD: Giliran Aman Jaya
MULAI 12.01 tengah malam ini, 28 Ogos 2020, Aman Jaya, Kedah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) berikutan kes Covid-19 di negeri itu. Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu diputuskan hasil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP. PKPD itu membabitkan tiga zon di Aman Jaya, iaitu Kenanga, Mawar dan Melur yang melibatkan 22,360 isi rumah merangkumi 265 rumah. Kesemua isi rumah akan disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Penduduk di zon terbabit tidak dibenarkan untuk keluar zon manakala orang luar tidak dibenarkan…
Read MoreMaro @ Covid-19
Kecut si pelari pecut dapatkan KOSMO!
Read MoreSelangor wajibkan sejadah
SELANGOR tetap mewajibkan masyarakat Islam di negeri itu membawa sejadah saiz standard untuk menunaikan solat fardhu lima waktu dan Jumaat di masjid dan surau. Dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini, langkah itu selaras dengan ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan surat arahan yang dikeluarkan JAIS bertarikh 29 Julai lalu. Di samping itu, JAIS juga melarang bukan warganegara yang sama sekali tidak dikenali, atau tidak diketahui tempat tinggal dan tidak melazimi solat fardhu berjemaah dari menghadiri masjid dan surau. Hanya bukan warganegara yang benar-benar dikenali…
Read More24 juta kes, 824,368 kematian
JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia setakat ini telah mencecah 24 juta orang dengan kematian pula meningkat kepada 824,368 orang. Menurut data Johns Hopkins University, bagi tempoh yang sama sebanyak 15,725,085 kes sembuh dilaporkan. Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 5,821,221 kes diikuti Brazil 3,717,156 dan India 3,234,474 sementara Rusia menghampiri satu juta dengan catatan 968,297 kes. Negara yang merekodkan lebih setengah juta kes adalah Afrika Selatan 615,701, Peru 607,382, Mexico 573,888 dan Colombia 562,113. Sepanyol dan Chile masing-masing merekodkan 419,849 dan 402,365 kes. Lima negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Argentina 370,188,…
Read MoreMedia Hari Ini 27.08.2020
Kes di Arab Saudi 310,836
KES jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan di Arab Saudi apabila jumlah kes yang direkodkan hari ini lebih rendah iaitu 1,068 berbanding 1,114 kes yang dicatatkan semalam. Ini menjadikan jumlah kes yang dicatatkan Arab Saudi setakat ini adalah 310,836 di mana 284,945 kes sembuh. Sebanyak 33 kematian berlaku dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 3,755. Kes aktif pula 22,136 di mana 1,601 kes kritikal. Sementara itu Jazan mendahului bandar lain dengan mencatatkan 84 kes berbanding 56 kes pada Selasa diikuti Makkah yang merekodkan 67 kes berbanding 74 kes semalam.…
Read MoreJumlah kes Filipina 202,361
FILIPINA setakat pukul 4 petang Rabu 26 Ogos telah merekodkan 202,361 kes Covid-19 termasuk 5,277 kes baharu yang dilaporkan hari ini. Jabatan Kesihatan (DoH) juga melaporkan 99 kematian yang menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sebanyak 3,137 orang. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,131 pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan sembuh kepada 133,460. Kes aktif pula sebanyak 65,764. Sementara itu THAILAND merekodkan satu kes baharu Covid-19 yang melibatkan seorang ahli perniagaan tempatan berusia 38 tahun yang pulang dari India pada 8 Ogos lalu. Ini menjadikan jumlah kes meningkat kepada 3,403.…
Read MoreSingapura catat 60 kes baharu
SINGAPURA mengesahkan 60 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif mereka yang dijangkiti di republik itu meningkat kepada 56,495 kes. Terdapat tiga kes dalam komuniti, satu daripadanya rakyat Singapura dan dua lagi pemegang pas kerja. Sebanyak 10 kes import diserahkan notis duduk di rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Dalam data lengkap semalam, Singapura mengklasifikasikan 861 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,219 kes komuniti dan 53,355 kes penghuni asrama. Sejumlah 54,816 pesakit pulih sepenuhnya sementara 78 masih di hospital. Sementara itu, mulai 29 Ogos, mereka yang…
Read More