Kes di Arab Saudi 310,836

KES jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan di Arab Saudi apabila jumlah kes yang direkodkan hari ini lebih rendah iaitu 1,068 berbanding 1,114 kes yang dicatatkan semalam.

Ini menjadikan jumlah kes yang dicatatkan Arab Saudi setakat ini adalah 310,836 di mana 284,945 kes sembuh.

Sebanyak 33 kematian berlaku dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 3,755. Kes aktif pula 22,136 di mana 1,601 kes kritikal.

Sementara itu Jazan mendahului bandar lain dengan mencatatkan 84 kes berbanding 56 kes pada Selasa diikuti Makkah yang merekodkan 67 kes berbanding 74 kes semalam.

Madinah merekodkan 57 kes, Riyadh 55, Tabuk 48, Al-Harjah 35, Hail dan Jeddah masing-masing mencatatkan 31 kes.

Related posts

Leave a Comment