Jumlah kes Filipina 202,361

FILIPINA setakat pukul 4 petang Rabu 26 Ogos telah merekodkan 202,361 kes Covid-19 termasuk 5,277 kes baharu yang dilaporkan hari ini.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga melaporkan 99 kematian yang menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sebanyak 3,137 orang.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,131 pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan sembuh kepada 133,460. Kes aktif pula sebanyak 65,764.

Sementara itu THAILAND merekodkan satu kes baharu Covid-19 yang melibatkan seorang ahli perniagaan tempatan berusia 38 tahun yang pulang dari India pada 8 Ogos lalu. Ini menjadikan jumlah kes meningkat kepada 3,403.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 3,403 kes, sebanyak 3,237 pesakit sembuh termasuk lapan yang pulih dalam tempoh 24 jam manakala 108 lagi pesakit berada di hospital. Jumlah kematian pula kekal 58 sejak 2 Jun lalu.

Related posts

Leave a Comment