PKPD: Giliran Aman Jaya

MULAI 12.01 tengah malam ini, 28 Ogos 2020, Aman Jaya, Kedah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) berikutan kes Covid-19 di negeri itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu diputuskan hasil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP.

PKPD itu membabitkan tiga zon di Aman Jaya, iaitu Kenanga, Mawar dan Melur yang melibatkan 22,360 isi rumah merangkumi 265 rumah.

Kesemua isi rumah akan disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penduduk di zon terbabit tidak dibenarkan untuk keluar zon manakala orang luar tidak dibenarkan untuk memasuki zon terbabit.

Menurut Ismail Sabri, larangan itu termasuk melibatkan mereka yang bekerja selain turut mengingatkan majikan agar tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap mereka yang terlibat ddengan penguatkuasaan tersebut.

“Majikan perlu ambil maklum akan perintah ini dan membenarkan mereka yang terlibat untuk bekerja dari rumah,” katanya lagi.

Bermula pada tarikh tersebut Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula melaksanakan sekatan jalan raya dan kawalan di jalan keluar masuk zon yang terlibat.

Related posts

Leave a Comment