24 juta kes, 824,368 kematian

JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia setakat ini telah mencecah 24 juta orang dengan kematian pula meningkat kepada 824,368 orang.

Menurut data Johns Hopkins University, bagi tempoh yang sama sebanyak 15,725,085 kes sembuh dilaporkan.

Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 5,821,221 kes diikuti Brazil 3,717,156 dan India 3,234,474 sementara Rusia menghampiri satu juta dengan catatan 968,297 kes.

Negara yang merekodkan lebih setengah juta kes adalah Afrika Selatan 615,701, Peru 607,382, Mexico 573,888 dan Colombia 562,113.

Sepanyol dan Chile masing-masing merekodkan 419,849 dan 402,365 kes.

Lima negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Argentina 370,188, Iran 365,606, United Kingdom 330,967, Arab Saudi 310,836 dan Bangladesh 302,147.

Tujuh negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Pakistan, Perancis, Itali, Turki, Jerman, Iraq dan Filipina manakala lapan negara mencatatkan lebih 100,000 kes iaitu Indonesia, Kanada, Qatar, Ukraine, Bolivia, Ecuador, Israel dan Kazakhstan.

AS juga mendahului kes kematian dengan merekodkan 179,708, diikuti Brazil 117,665, Mexico 62,076, India 59,449, United Kingdom 41,552, Itali 35,458, Perancis 30,549, Sepanyol 28,971, Peru 28,001 dan Iran 21,020.

Colombia pula mencatatkan 17,889 kes, Rusia 16,638, Afrika Selatan 13,502, Chile 10,990, Belgium 9,878, Jerman 9,285 dan Kanada 9,141 .

Mengenai kes sembuh pula, Brazil mendahului dengan 3,082,447 pesakit , India 2,467,758, AS 2,084,465, Rusia 784,277, Afrika Selatan 525,242, Mexico 472,197, Peru 414,577, Colombia 395,463, Chile 376,268, Iran 314,870, Arab Saudi 284,945 dan Pakistan 278,939.

Sementara itu Argentina merekodkan 268,801 kes, Turki 239,797, Jerman 211,691, Itali 206,329, Bangladesh 190,183, Iraq 157,215, Sepanyol 150,376, Filipina 133,460, Indonesia 115,409, Qatar 114,558 dan Kanada 114,220.

Related posts

Leave a Comment