PM Jepun letak jawatan

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media di pejabatnya pada Jumaat (28 Ogos), disebabkan masalah kesihatan. Bagaimanapun beliau akan terus menjalankan tugas sehingga Parti Demokratik Liberal (LDP), parti yang memerintah memilih penggantinya. LDP dijangka memutuskan minggu depan bagaimana untuk mengadakan pengundian kepimpinan, dengan anggota parlimen dan wakil kumpulan tempatan mungkin membuat undian. Abe, 65 tahun berkata keadaan kesihatannya semakin memburuk sejak Julai dan beliau tidak yakin dapat berkhidmat kepada rakyat negara itu. Tambah Abe, beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang dihidapinya, penyakit yang…

Read More

Indonesia catat 165,887 kes

INDONESIA merekodkan 3,003 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, hari ini, kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 165,887 kes, manakala jumlah kematian keseluruhan sebanyak 7,169 orang. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 105 lagi kematian berlaku di republik berkenaan. Bagi tempoh 24 jam itu, Jakarta mencatatkan jumlah kes positif baharu tertinggi iaitu 869 kes, yang menjadikan jumlah keseluruhan 37,082…

Read More

10 kes : 8 import 2 tempatan

PUTRAJAYA: Sepuluh kes baharu positif Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari 28 Ogos 2020, yang melibatkan lapan kes import dan dua kes penularan dalam negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 9,306 kes di mana jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 151 kes. “Daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, lapan (8) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara satu (1) warganegara Malaysia dan tujuh (7) bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan. Bagi dua kes penularan…

Read More

Anugerah Kemerdekaan

MENJELANG ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-63, khutbah Jumaat (di Selangor) hari ini memperkatakan mengenai kemerdekaan di bawah tajuk Anugerah Kemerdekaan. Kemerdekaan adalah anugerah Allah SWT yang sangat tinggi nilainya. Melalui kemerdekaan, kita bebas daripada belenggu penjajah dan dapat memerintah negara sendiri. Namun, sebagai orang beriman, kemerdekaan bukanlah matlamat terakhir hidup kerana keutamaan kita adalah untuk hidup bahagia dan sejahtera dalam negara yang adil dan makmur, serta mendapat keampunan Allah SWT. Justeru bagi menunjukkan tanda syukur dan menghargai nikmat kemerdekaan, selain mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda patriotik, kita hendaklah mengisi…

Read More

Bawa sejadah sendiri di Perlis

MAJLIS Agama Islam Perlis ( MAIPs) turut mengekalkan penggunaan sejadah sendiri bagi setiap jemaah yang hadir solat di masjid di negeri itu, demikian titah Yang Dipertua MAIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail hari ini. Tuanku Raja Muda Perlis itu bertitah langkah itu  selaras dengan titah terdahulu  berkaitan SOP kebenaran menunaikan solat di masjid [Rujuk MAIPs. 100 – 6 Jld 7 ( 82 )] bertarikh 8 Mei 2020 yang lalu. Langkah itu yang mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, dibuat…

Read More

Kes jangkitan Saudi 311,855

ARAB Saudi merekodkan 1,019 kes baharu koronavirus Covid-19, jumlah yang rendah berbanding sebelum ini termasuk semalam (Rabu) yang merekodkan 1,068 dan 1,114 kes pada Selasa. Menurut Kementerian Kesihatan jumlah keseluruhan kes yang telah dilaporkan di Arab Saudi kini mencecah 311,855 Daripada keseluruhan jumlah kes baharu hari ini, Makkah merekodkan jumlah tertinggi iaitu 96 kes diikuti Riyadh 56, Unaizah 52, Madinah 50, Sabya 49, Jazan 46, Tabouk 44, Abu Arish 41 dan Jeddah 32. Sebanyak 30 kematian akibat Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah mereka yang meninggal dunia meningkat kepada 3,785 orang. Ketika…

Read More

Kluster Tawar, Sivagangga sumber sama?

PUTRAJAYA :Kluster Tawar dan Kluster PUI Sivagangga berkemungkinan besar daripada sumber yang sama selepas hasil ujian makmal mendapati Kluster Tawar mempunyai mutasi D614G. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil ujian 14 sampel yang diambil bagi tujuan full genome sequencing mendapati sebahagiannya terdapat mutasi D614G. Sebanyak 14 sampel telah diambil bagi tujuan full genome sequencing dan sebanyak empat sampel mendapat virus untuk kajian sequencing ini. Didapati virus tersebut mempunyai mutasi D614G. Virus Kluster Tawar ini (empat sampel) telah dibandingkan dengan virus daripada Kluster PUI Sivagangga (tiga sampel). “Hasil…

Read More