5 kes : Tiga tempatan, 2 import

PUTRAJAYA: Lima kes positif Covid-19 dilaporkan, melibatkan tiga penularan tempatan dan dua import menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 9,296 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes import yang dilaporkan di Selangor itu mendapat jangkitan di Filipina dan Mesir yang melibatkan warganegara.

Tiga kes penularan dalam negara pula adalah dalam kalangan warganegara Malaysia di Melaka iaitu dua kes saringan prapembedahan dan satu kes saringan bergejala, semuanya di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula menurun kepada 177 kes dan mereka telah diasingkan untuk mendapat rawatan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 16 kes pulih yang dilaporkan pada Khamis, 27 Ogos menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 8,994 kes (96.8 peratus).

Setakat ini, lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan enam daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kematian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian kekal 125 kes.

Related posts

Leave a Comment