Singapura catat 60 kes baharu

SINGAPURA mengesahkan  60 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif mereka yang dijangkiti di republik itu meningkat kepada 56,495 kes.

Terdapat tiga kes dalam komuniti, satu daripadanya rakyat Singapura dan dua lagi pemegang pas kerja. Sebanyak 10 kes import diserahkan notis duduk di rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

Dalam data lengkap semalam, Singapura mengklasifikasikan 861 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,219 kes komuniti dan 53,355 kes penghuni asrama.

Sejumlah 54,816 pesakit pulih sepenuhnya sementara 78 masih di hospital.

Sementara itu, mulai 29 Ogos, mereka yang memasuki Singapura dan mempunyai sejarah perjalanan, termasuk transit di Korea Selatan dalam tempoh 14 hari lepas perlu melengkapkan arahan SHN selama 14 hari di pusat SHN yang ditetapkan dan bukannya di kediaman sendiri.

Mereka juga perlu menjalani saringan Covid-19 sebelum berakhir arahan SHN mereka kerana ini merupakan peraturan semasa.

Related posts

Leave a Comment