6 kes import baharu Thailand

THAILAND terus merekodkan kes import Covid-19 apabila enam kes baharu dilaporkan hari ini melibatkan tiga warganegara dan tiga bukan warganegara termasuk seorang wanita pelancong perubatan dan suaminya dari Ethiopia. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, wanita berusia 36 tahun itu tiba di Thailand pada Rabu untuk mendapatkan rawatan perubatan, dengan ditemani suaminya yang berusia 34 tahun. Pasangan itu telah menjalani kuarantin wajib di hotel yang dikhususkan untuk kuarantin setibanya di Bangkok. Kes lain adalah seorang lelaki Amerika berusia 62 tahun, pemegang permit kerja yang tiba dari Jerman pada 22 Ogos. Pada…

Read More

1,069 kes baharu Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 1,069 kes baharu koronavirus Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 312,924. Kementerian Kesihatan (MoH) juga mengumumkan 28 lagi kematian akibat jangkitan Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan 3,813 kes. Madinah dan Riyadh masing-masing merekodkan kes tertinggi iaitu 61 kes diikuti Jazan 59, Hail 48 manakala Jeddah dan Makkah masing-masing 43 kes. Sementara itu, kes pulih pula meningkat kepada 287,403 selepas 1,148 individu dilaporkan sembuh hari ini. Kes aktif pula 21,708 di mana 1,576 dalam keadaan kritikal.

Read More

PKPP sehingga 31 Disember

PERINTAH Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sepatutnya berakhir pada 31 Ogos Ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan demikian berkata, dengan pelanjutan itu, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil. “Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya dalam perutusan khas malam ini. Muhyiddin juga menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda dari kadar sekarang.…

Read More

PM Jepun letak jawatan

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media di pejabatnya pada Jumaat (28 Ogos), disebabkan masalah kesihatan. Bagaimanapun beliau akan terus menjalankan tugas sehingga Parti Demokratik Liberal (LDP), parti yang memerintah memilih penggantinya. LDP dijangka memutuskan minggu depan bagaimana untuk mengadakan pengundian kepimpinan, dengan anggota parlimen dan wakil kumpulan tempatan mungkin membuat undian. Abe, 65 tahun berkata keadaan kesihatannya semakin memburuk sejak Julai dan beliau tidak yakin dapat berkhidmat kepada rakyat negara itu. Tambah Abe, beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang dihidapinya, penyakit yang…

Read More

Indonesia catat 165,887 kes

INDONESIA merekodkan 3,003 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, hari ini, kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 165,887 kes, manakala jumlah kematian keseluruhan sebanyak 7,169 orang. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 105 lagi kematian berlaku di republik berkenaan. Bagi tempoh 24 jam itu, Jakarta mencatatkan jumlah kes positif baharu tertinggi iaitu 869 kes, yang menjadikan jumlah keseluruhan 37,082…

Read More

10 kes : 8 import 2 tempatan

PUTRAJAYA: Sepuluh kes baharu positif Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari 28 Ogos 2020, yang melibatkan lapan kes import dan dua kes penularan dalam negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 9,306 kes di mana jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 151 kes. “Daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, lapan (8) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara satu (1) warganegara Malaysia dan tujuh (7) bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan. Bagi dua kes penularan…

Read More

Anugerah Kemerdekaan

MENJELANG ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-63, khutbah Jumaat (di Selangor) hari ini memperkatakan mengenai kemerdekaan di bawah tajuk Anugerah Kemerdekaan. Kemerdekaan adalah anugerah Allah SWT yang sangat tinggi nilainya. Melalui kemerdekaan, kita bebas daripada belenggu penjajah dan dapat memerintah negara sendiri. Namun, sebagai orang beriman, kemerdekaan bukanlah matlamat terakhir hidup kerana keutamaan kita adalah untuk hidup bahagia dan sejahtera dalam negara yang adil dan makmur, serta mendapat keampunan Allah SWT. Justeru bagi menunjukkan tanda syukur dan menghargai nikmat kemerdekaan, selain mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda patriotik, kita hendaklah mengisi…

Read More

Bawa sejadah sendiri di Perlis

MAJLIS Agama Islam Perlis ( MAIPs) turut mengekalkan penggunaan sejadah sendiri bagi setiap jemaah yang hadir solat di masjid di negeri itu, demikian titah Yang Dipertua MAIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail hari ini. Tuanku Raja Muda Perlis itu bertitah langkah itu  selaras dengan titah terdahulu  berkaitan SOP kebenaran menunaikan solat di masjid [Rujuk MAIPs. 100 – 6 Jld 7 ( 82 )] bertarikh 8 Mei 2020 yang lalu. Langkah itu yang mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, dibuat…

Read More