PM Jepun letak jawatan

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media di pejabatnya pada Jumaat (28 Ogos), disebabkan masalah kesihatan.

Bagaimanapun beliau akan terus menjalankan tugas sehingga Parti Demokratik Liberal (LDP), parti yang memerintah memilih penggantinya.

LDP dijangka memutuskan minggu depan bagaimana untuk mengadakan pengundian kepimpinan, dengan anggota parlimen dan wakil kumpulan tempatan mungkin membuat undian.

Abe, 65 tahun berkata keadaan kesihatannya semakin memburuk sejak Julai dan beliau tidak yakin dapat berkhidmat kepada rakyat negara itu.

Tambah Abe, beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang dihidapinya, penyakit yang menyebabkannya berundur seketika pada 2007.

“Saya akan menjalani rawatan untuk tempoh yang panjang”, katanya

Related posts

Leave a Comment