Indonesia catat 165,887 kes

INDONESIA merekodkan 3,003 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, hari ini, kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 165,887 kes, manakala jumlah kematian keseluruhan sebanyak 7,169 orang.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 105 lagi kematian berlaku di republik berkenaan.

Bagi tempoh 24 jam itu, Jakarta mencatatkan jumlah kes positif baharu tertinggi iaitu 869 kes, yang menjadikan jumlah keseluruhan 37,082 kes manakala jumlah keseluruhan kes di Jawa Timur sebanyak 32,113.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,302 orang, diikuti Jakarta (1,156), Jawa Tengah (965), Sulawesi Selatan (358) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Related posts

Leave a Comment