6 kes import baharu Thailand

THAILAND terus merekodkan kes import Covid-19 apabila enam kes baharu dilaporkan hari ini melibatkan tiga warganegara dan tiga bukan warganegara termasuk seorang wanita pelancong perubatan dan suaminya dari Ethiopia.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, wanita berusia 36 tahun itu tiba di Thailand pada Rabu untuk mendapatkan rawatan perubatan, dengan ditemani suaminya yang berusia 34 tahun.

Pasangan itu telah menjalani kuarantin wajib di hotel yang dikhususkan untuk kuarantin setibanya di Bangkok.

Kes lain adalah seorang lelaki Amerika berusia 62 tahun, pemegang permit kerja yang tiba dari Jerman pada 22 Ogos. Pada hari yang sama pembantu rumah warga Thailand,44 juga positif.

Dari Filipina melibatkan seorang wanita Thailand berusia 36 tahun yang tiba pada  15 Ogos dan dikuarantin di Chon Buri province. Seorang lagi melibatkan lelaki Thai, 45, yang tiba dari Uzbekistan pada 19 Ogos.

Semua enam pesakit tidak bergejala menjalani kuarantin.

Setakat ini, Thailand mencatatkan 3,410 kes Covid-19 dengan 58 kematian dan sebanyak 3,237 kes sembuh (95%) manakala 115 pesakit masih di hospital. Jumlah kematian pula kekal 58 sejak 2 Jun.

Related posts

Leave a Comment