Makkah catat 195 kes

KETIKA Jeddah mula menerima kemasukan jemaah haji dari beberapa wilayah di Arab Saudi, kes Covid-19 di Makkah sebanyak 195 adalah yang tertinggi daripada 2,378 kes baharu yang dilaporkan pada Jumaat, 24 Julai.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, secara keseluruhan, jumlah kes kini meningkat kepada 262,772.

Riyadh menduduki tempat kedua dengan 139 kes, Al Hufouf 135, Hafar Al Batin 130, Al Muharraz 123, Taif 114 dan Dammam 93.

Jeddah pula merekodkan 53 kes dan Madinah 48 kes.

Sebanyak 37 orang lagi meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 2,672 kes.

Pada masa yang sama sebanyak 2,241 kes pulih menjadikan jumlah sembuh 215,731 , iaitu 82 peratus daripada kes yang direkodkan.

Kes aktif pula 44,369 di mana 2,143 kritikal.

Related posts

Leave a Comment