Jumaat bersejarah Hagia Sophia

Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keenam itu.

Bangunan itu ditukar kepada masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan  Istanbul.

Solat Jumaat hari ini didahului dengan bacaan al-Quran.

Turut diundang pemimpin dan pegawai daripada beberapa negara yang majoriti Muslim termasuk Qatar dan Azerbaijan.

Hampir 20,000 pasukan keselamatan akan berada di kawasan itu untuk memastikan solat pertama dilakukan tanpa kejadian tidak diingini.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Turki membuat keputusan membatalkan status muzium Hagia Sophia.

Ia selepas membenarkan permohonan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan Kabinet pada 1934 yang mengubah bangunan itu kepada muzium.

Erdogan yang mahu tapak warisan dunia itu kepada sebuah masjid walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat (AS) dan pemimpin Kristian Ortodoks.

Keputusan itu mungkin menyebabkan wujud ketegangan negara jiran, Greece yang mahu bangunan itu dikekalkan sebagai muzium.

Related posts

Leave a Comment