Kes sembuh turut meningkat

SAMA seperti kenaikan kes jangkitan dan kematian Covid-19, jumlah kes sembuh turut menunjukkan peningkatan apabila  pesakit yang pulih meningkat kepada 8.9 berbanding 8.7 juta kes semalam.

Setakat pagi ini, data Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kes sembuh adalah 8,982,020 manakala jumlah keseluruhan kes adalah 15,665,350 dan 638,169 kematian. Perangkaan semalam menunjukkan 15.4 juta kes dilaporkan dengan 631,811 kematian.

Brazil dan Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan kes jangkitan dan kematian tertinggi turut merekodkan jumlah kes sembuh yang tinggi iaitu 1,693,214 dan 1,261,624.

AS merekodkan 4,106,225 kes jangkitan dengan 145,324 kematian diikuti Brazil 2,287,475 dengan 85,238 kematian.

India di tempat ketiga merekodkan kes tertinggi iaitu 1,288,108 dan di kedudukan sama kes pulih sebanyak 817,209 tetapi jumlah kematian di tempat keenam dengan catatan 30,601.

Sementara itu Rusia mencatatkan 799,499 kes di tempat keempat juga di kedudukan yang sama bagi kes pemulihan iaitu 587,728 dan 13,026 kematian manakala Afrika Selatan merekodkan 421,996 kes dan pulih 245,771 dan 6,343 kematian.

Tiga negara Mexico, Peru dan Chile masing-masing merekodkan lebih 300,000 kes iaitu 378,285, 375,961 dan 341,304 manakala kes pulih pula adalah 282,290, 259,423 dan 313,696.

Sebelas buah negara mencatatkan lebih 200,000 kes iaitu United Kingdom 299,500, Iran 286,523, Sepanyol 272,421, Pakistan 270,400, Arab Saudi 262,772,

Itali 245,590, Colombia 226,373, Turki 224,252, Bangladesh 218,658, Perancis 217,797 dan Jerman 205,623.

Empat negara yang merekodkan lebih 100,000 kes adalah Argentina 153,520, Kanada 115,115, Qatar 108,638, Iraq 104,711.

Sementara itu, bagi kematian pula, United Kingdom merekodkan 45,762, Mexico 42,645, Itali 35,097, India 30,601, Perancis 30,195, Sepanyol 28,432, Peru 17,843,  Iran 15,289, Rusia 13,026,  Belgium 9,812 dan Jerman 9,120.

Kanada merekodkan 8,923, Chile 8,914, Colombia 7,688, Afrika Selatan 6,343, Netherlands 6,158, Pakistan 5,763, Sweden 5,697, Turki 5,580 dan Ecuador5,468, Indonesia 4,665, China 4,650, dan Mesir 4,518.

Related posts

Leave a Comment