Bawa pulang Jho Low

BAWA pulang Jho Low. Itu permintaan ahli Parlimen yang mahu kerajaan bekerjasama dengan negara luar bagi membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa terlibat dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) berkata kerajaan perlu menggunakan kesungguhan politik untuk menangkap ahli perniagaan itu bagi memastikan lelaki berkenaan diadili di Malaysia dengan segera.  “Jangan kita biarkan Jho Low ini bebas pergi Macau, Australia dan bercuti di mana-mana tempat kerana pengkhianat nombor satu negara ini perlu ditangkap segera dan jangan berlengah lagi…

Read More

Siapa tidak jujur, tidak ikhlas?

“UNTUK berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian. Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula,”. Itu catatan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menerusi laman sosial Facebooknya hari ini. Apakah maksud kata-kata itu? Siapa yang dimaksudkan tidak ikhlas dan tidak jujur? Semalam Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, UMNO akan mengambil keputusan politik yang besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib atas tujuh tuduhan penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Ketika beliau meminta ahli UMNO berlapang…

Read More

Lanjutan moratorium 3 bulan

TEMPOH bayaran moratorium yang akan berakhir pada September ini dilanjutkan sehingga Disember 2020, bagi individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan impak daripada penularan pandemik Covid-19 Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan lanjutan moratorium tiga bulan berkata, selepas tiga bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing. “Keputusan ini dicapai selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Gabenor Bank Negara Malaysia,” katanya semasa Perutusan Khas Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar di Putrajaya pada Rabu, 29 Julai. Syarat-syarat buat individu atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang…

Read More

Najib dan media tetangga

HUKUMAN terhadap mantan Perdana Menteri, Najib Razak mendapat liputan media negara jiran termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kebanyakannya di muka hadapan termasuk sebagai berita utama. The Jakarta Post memaparkan gambar dan berita di muka satu dengan tajuk Najib Razak gets 12 years in first 1MDB trial, manakala muka 1 Berita Harian Singapura memaparkan tajuk Najib bersalah, dipenjara 12 tahun, didenda $68j Myanmar Times memaparkan gambar Najib di muka depan dengan berita bergambar Long arm of the law sementara Bangkok Post melaporkan berita di bahagian bawah muka satu Najib guilty…

Read More

Dunia catat 16.6 juta kes

JUMLAH kematian akibat Covid-19 seluruh dunia sehingga 9 pagi ini 29 Julai 2020 mencecah 658,861 manakala kes positif pula meningkat kepada 16,662,462. Menurut data Johns Hopkins University, jumlah kes pulih pula meningkat kepada 9,703,498. Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 4,347,717 kes dan 149,209 kematian,  Brazil 2,483,191 kes dengan 88,539 kematian dan India 1,483,156 kes dengan 33,425 kematian. Sementara itu Rusia mencatatkan 822,060 kes diikuti Afrika Selatan 459,761, Mexico 402,697, Peru 389,717, Chile 349,800 dan United Kingdom 302,293. Sepuluh buah negara pula merekodkan 200,000 kes iaitu Iran 296,273, Sepanyol 280,610, Pakistan 275,225, Arab Saudi…

Read More

Keistimewaan ketua pembangkang Singapura

PERDANA Menteri, Lee Hsien Loong menyifatkan bilangan 12 anggota pembangkang  pada kali ini sebagai terbesar dalam sejarah pada masa ini apabila Parlimen ke-14 Singapura dibuka semula pada 24 Ogos ini. Mereka terdiri daripada 10 anggota Parti Pekerja (WP) dan dua Parti Kemajuan Singapura (PSP). Dalam catatan Facebooknya semalam,  Lee berkata, berikutan itu, Setiausaha Agung WP Pritam Singh dilantik sebagai  Ketua Pembangkang dengan diberi keistimewaan dan kemudahan serta sokongan untuk melaksanakan peranannya. “Saya harap dapat melihat bukan sahaja lebih banyak perbahasan konstruktif, tetapi alternatif dasar yang serius daripada pembangkang,” katanya Sementara…

Read More

Sifar jangkitan tempatan di Thai

THAILAND buat hari ke-64 merekodkan sifar jangkitan tempatan tetapi terus mencatatkan kes import apabila pada Selasa, 28 Julai, dua anggota tentera yang pulang dari Amerika Syarikat (AS), disahkan positif Covid-19. Dalam satu kenyataan, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) berkata lelaki berusia 22 dan 25 tahun itu tiba pada 22 Julai selepas menyertai satu latihan ketenteraan dan menjalani kuarantin 14 hari di kemudahan yang disediakan.  Sejumlah 151 anggota tentera Thai kembali  ke negara ini selepas menyertai latihan, Lightning Forge 2020  bersama tentera AS di Schofield Barracks, Hawaii. Sebaik sahaja tiba, 10 daripada mereka merupakan individu dalam siasatan dan enam…

Read More

Arab Saudi cecah 270, 831 kes

JUMLAH kes baharu jangkitan Covid-19 yang dilaporkan pada Selasa, 28 Julai 2020 berkurangan, iaitu 1,897 kes berbanding semalam 1,993 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam adalah 270,831 kes. Kementerian juga melaporkan 29 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,789. Kes aktif pula sebanyak 42,418 di mana 2,103 kritikal.. Setakat ini, jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 225,624 apabila 2,688 lagi pesakit atau 83.3 peratus dilaporkan pukih.  Sementara itu, Taif merekodkan kes tertinggi iaitu 183 diikuti Hufof 167, Riyadh 118 dan Makkah…

Read More