Najib dihukum penjara 72 tahun, denda RM210 juta

BEKAS Perdana Menteri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta selepas beliau didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan hukuman penjara itu dilaksanakan serentak. Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan kes CBT dan setiap kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta, atau penjara lima tahun dalam kes menyalahguna kedudukan.…

Read More

Nabi SAW bukan ‘pelarian’

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, Nabi Muhammad SAW meninggalkan Makkah atas perintah dan tuntutan Allah SWT, dan bukannya melarikan diri ke Madinah. “Dalam kitab Fiqh Al-Sirah dikaryakan Syeikh Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti yang mentakrifkan hijrah di mana beliau menyatakan bahawa Rasulullah SAW tatkala hijrah ke kota Madinah bukanlah bermakna Rasulullah melarikan diri dengan hanya melarikan diri begitu, tetapi adalah atas perintah dan tuntutan Allah SWT. “Istilah hijrah berbeza sangat dalam mana-mana terma dari segi agama berbanding dengan yang lain,”…

Read More

Najib bersalah 7 pertuduhan

BEKAS Perdana Menteri, Najib Razak didapati bersalah atas semua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC). Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes yang dibawa pasukan pendakwaan. Disebabkan itu, kata hakim, pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes ke atas Najib melebihi keraguan yang munasabah. “Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini, saya dapati pihak pembelaan tidak berjaya membantah…

Read More

Kes di Saudi 268,934

ARAB Saudi mencatatkan 1,993 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan kes 268,934. Menurut Kementerian Kesihatan, Al Hafouf merekodkan angka tertinggi iaitu 194 kes, Taif 186, Riyadh 106, Makkah 94, Dammam 79, Najran 69, Madinah 62, dan Jeddah 51. Sebanyak 27 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa jumlah kematian meningkat kepada 2,760 kes. Sementara itu, jumlah kes pulih pula meningkat kepada 222,936 selepas 2,613 lagi pesakit dilaporkan sembuh sementara 42,238 kes aktif di mana 2,126 kritikal.

Read More

Indonesia cecah 100,303 kes

SINGAPURA mencatatkan 469 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 15 kes merupakan kes import dan kesemua kes import dikenakan Notis Duduk Di rumah, semasa tiba di negara itu. Terdapat dua kes dalam komuniti di mana seorang daripadanya merupakan warga Singapura dan seorang lagi pemegang pas pekerja. Majoriti besar kes masih melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja. Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata, setakat ini jumlah keseluruhan kes di republik itu 50,838 kes di mana 45,521 atau 90 peratus daripada jumlah kes, telah pulih dan terdapat 173 kes masih dirawat. Sementara…

Read More

Kabinet angkat sumpah

SINGAPURA: Kabinet baharu Singapura bagi Parlimen ke-14 mengangkat sumpah jawatan lewat petang ini, 27 Julai di Istana dan bangunan Parlimen. Perdana Menteri Lee Hsien Loong mendahului senarai anggota Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Halimah Yacob, di Istana dan Hakim Besar Sundaresh Menon. Orang kedua mengangkat sumpah jawatan ialah Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat diikuti barisan anggota Kabinet lain  termasuk dua menteri penuh Melayu/Islam, Masagos Zulikifli dan Dr Mohd Maliki Osman, serta Menteri Negara Kanan Zaqy Mohamad dan Menteri Negara Dr Faishal Ibrahim. Pilihan Raya Umum Singapura berlangsung pada…

Read More

Ruang solat Aidiladha habis

KESEMUA 8,790 ruang solat bagi Hari Raya Aidiladha di Singapura pada 31 Julai ini sudah habis ditempah. Kesemuanya terisi dalam tempoh 15 minit selepas pendaftaran dibuka pada pukul 1 petang ini 27 Julai menerusi aplikasi MuslimSG. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) melalui laman Facebook berkata pihaknya kini sedang dalam proses mengirimkan e-mel pengesahan bagi tempahan ruang yang berjaya.  Bagi yang belum mendapat sebarang e-mel pengesahan diminta bersabar atau boleh mengesahkan status tempahan menerusi pautan https://ourmosques.commonspaces.sg/check-booking-confirmation, Pejabat Mufti menasihatkan mereka yang tidak berjaya menempah ruang agar mendirikan solat Aidiladha di rumah bersama keluarga dan boleh…

Read More

Tiga tempatan, empat import

PUTRAJAYA : Tujuh kes baharu Covid-19 dilaporkan pada hari ini Isnin, 27 Jun menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,904 kes manakala tiada kematian dicatatkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, daripada jumlah itu, tiga kes adalah penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia, empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu tiga warganegara dan seorang bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia. Tiada kes penularan di dalam negara di kalangan bukan warganegara yang dilaporkan. Kesemua tiga kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara…

Read More