Arab Saudi cecah 270, 831 kes

JUMLAH kes baharu jangkitan Covid-19 yang dilaporkan pada Selasa, 28 Julai 2020 berkurangan, iaitu 1,897 kes berbanding semalam 1,993 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam adalah 270,831 kes.

Kementerian juga melaporkan 29 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,789.

Kes aktif pula sebanyak 42,418 di mana 2,103 kritikal..

Setakat ini, jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 225,624 apabila 2,688 lagi pesakit atau 83.3 peratus dilaporkan pukih. 

Sementara itu, Taif merekodkan kes tertinggi iaitu 183 diikuti Hufof 167, Riyadh 118 dan Makkah 117. Kota suci Madinah pula mencatatkan 57 kes.

Related posts

Leave a Comment